Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat
Tengku Razaleigh Hamzah
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mahu Jawatankuasa khas royalti yang ditubuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disertai individu yang menggubal Akta Kemajuan Petroleum Negara, termasuk bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa  berkata, langkah itu perlu supaya keputusan jawatankuasa tersebut akan selaras dengan undang-undang yang telah diperkenalkan sebelum ini.

“Saya  mengharapkan jawatankuasa ini bukan bersifat mengkaji semata-mata, sebaliknya bertindak ke arah membayar royalti kepada Kelantan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.