Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO BACA N3 NI KERAJAAN PAS KELANTAN TAK UJUD ! hu hu hu

Putrajaya kaji pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu, Pahang

August 04, 2012
 
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Putrajaya hari ini melihat kemungkinan memberikan pembayaran secara “adil” untuk royalti minyak bagi negeri-negeri seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu, dalam pertikaian berhubung perkara itu yang berkemungkinan akan dijadikan sebagai isu utama dalam kempen untuk pilihan raya akan datang.

Datuk Sei Najib Razak (gambar) bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan.

- Gambar fail
Menurut Bernama, Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
 
Perdana menteri itu juga berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

“Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Petronas telah menandatangani Perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

Apabila Terengganu jatuh kepada PAS pada 1999, perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan Petronas untuk menyimpan royalti berkenaan pada September 2000 supaya pembangkang tidak mempunyai keupayaan untuk menguruskan dana bernilai lebih setengah bilion ringgit secara tahunan itu.

Royalti itu kemudiannya disalurkan melalui wang ehsan yang mana pembangkang dan sebahagian ahli politik BN dakwa disalah urus apabila digunakan untuk projek besar-besaran seperti Monsoon Cup dan Masjid Kristal.

Pada Ogos 2010, Kelantan, yang dikuasai PAS telah memfailkan saman terhadap Petronas kerana gagal membayar royalti minyak dan gas di kawasan perairannya termasuk Terengganu, Thailand dan Vietnam yang mana telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan persekutuan.

Difahamkan Petronas berhutang sejumlah RM800 juta setiap tahun sejak 2005 namun Putrajaya menafikan dakwaan itu terhadap kawasan perairan lokasi kerjasama tersebut.

Najib menegaskan, hari ini “dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.”

Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

“Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum,” katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

Bagaimanapun, perdana menteri menjelaskan pada Novemnber 2009, beliau telah mengumumkan di Parlimen pemberian bayaran tunai kepada Kelantan.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan,” katanya dipetik Bernama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.