Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kelantan mahukan jawatankuasa khas Najib selesaikan royalti sebelum PRU 13

TERKINI @ 12:52:14 PM 05-08-2012
August 05, 2012
 
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mahukan Jawatankuasa Khas Royalti minyak untuk menyelesaikan tugas lebih cepat iaitu tiga bulan daripada enam bulan yang dicadangkan perdana menter (PM) sambil mencurigai tindakan Putrajaya itu sebagai langkah untuk Barisan Nasional memenangi pilihan raya. 

Ahli exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) mempersoalkan masa penubuhan jawatankuasa tersebut dan tempoh enam bulan yang diberikan untuk menyelesaikan kajian dan bertanya apakah ini hanya berujuan untuk memberikan kelegaan kepada rakyat Kelantan menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir. 

“Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu  pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan. 

“Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata. 
“Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?” soal naib presiden PAS tersebut. 

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan semalam bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh enam bulan sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan. 

Menurut Bernama, Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. 

Husam yang juga menggepalai Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan mempersoalkan mengapa saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas masih lagi tersekat di mahkamah sedangkan ianya telah difailkan pada Ogos 2010 walaupun jirannya Terengganu yang dipimpin BN telah menyelesaikan pertelingkahan sama di luar mahkamah awal tahun ini. 

“Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?” Tanya Husam. 

Pada bulan Ogos 2010, kerajaan Kelantan menyaman Petronas kerana gagal membayar royalti untuk minyak dan gas yang di ekstradiksi dalam wilayah negeri tersebut termasuk yang bertindih dengan Terenggani, Thailand dan Vietnam yang mempunyai usahasama pembangunan bersama kerajaan pusat. 

Kelantan mendakwa Petronas berhutang sebanyak RM800 juta setahun semenjak tahun 2005 akan tetapi Putrajaya menyanggah dakwaan kerajaan negeri tersebut berkenaan dengan wilayah negeri tersebut dimana usahasama pembangunan dijalankan. 

Pada 26 April lalu, kerajaan Kelantan telah dinafi untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pembayaran Petronas kepada Terangganu dan negeri-negeri lain oleh Mahkamah Rayuan untuk memperkukuhkan hujah mereka untuk mendapatkan RM800 juta setiap tahun dari kerajaan pusat. 

Mahkamah menolak tuntutan Kelantan untuk mendapatkan butiran mengenai urusan syarikat minyak negara itu dengan negeri-negeri lain yang telah dikatakanoleh peguam kerajaan PAS, Tommy Thomas sebagai penting untuk membandingkan kaedah pembayaran. 

Najib juga menegaskan semalam bahawa berdasarkan undang-undang, Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum, dengan mengatakan pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dijalankan di dalam kawasan perairan wilayah Kelantan. 

“Kerajaan persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi undang-undang, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang diekstrak dari perairan negeri itu, iaitu satu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pantai di negeri ini,” katanya. 

Menjawab ini, Husam berkata kenyataan Najib adalah samar-samar dan menggesa PM untuk mengesahkan jika jawatankuasa khas yang baru ditubuhkan memang ditubuhkan untuk membuat pembayaran ke Kelantan dan meminta agar jangka hayat panel dipendekkan kepada tiga bulan. 

Pemimpin PAS itu juga meminta bahawa bayaran tunai dibuat dengan menggunakan formula yang sama dengan negeri-negeri lain seperti Terengganu, membekukan pembayaran 'wang ihsan' dan permohonan maaf kepada orang ramai perlu dilakukan oleh pemimpin Umno yang pernah berkata bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti. 

Husam juga menggesa majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk memberi tawaran yang lebih konkrit berkenaan tuntutan Kelantan, termasuk hak pendaratan gas dari perairan negeri itu. 

Mengenai saman Kelantan terhadap Petronas, ahli exco kanan itu berkata, negeri itu tidak akan menggugurkan kes tersebut yang dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan Oktober ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.