Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kerajaan PAS Kedah bukan kerajaan Pakatan Rakyat?

 
 
oleh: c + +

Persoalan sebelumnya rujuk SINI

Sejurus PRU12 disahkan menang di Kedah Darul Aman mempunyai kerusi DUN sebanyak 36 kerusi. Dari bilangan tersebut, 16 kerusi adalah dimiliki oleh PAS, 4 kerusi PKR, 1 kerusi DAP dan 1 lagi kerusi BEBAS. Namun selepas beberapa ketika 2 kerusi telah hilang di Kedah dari PKR

Ini bermakna PAS Kedah adalah satu parti yang agak dominan didalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Situasi ini sebenarnya telah membuatkan beberapa pihak yang sebelum ini kurang yakin akan kemampuan PAS di Kedah untuk memegang kuasa majoriti telah terkejut dan mereka kini telah berada dilingkungan kuasa.

Atas keterujaan mendampingi lingkungan kuasa mutlak untuk mentadbir negeri, kumpulan ini (saya gelarkan Kumpulan XX) telah mula mengeluarkan beberapa “statement” yang memperlihatkan status dominan yang mereka sedang kecapi. Pada masa tersebut, arahan telah dikeluarkan oleh PAS Pusat supaya PAS Kedah mengambil sikap bekerjasama dengan baik bersama-sama rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan DAP.

Namun, ada suara-suara sumbang dari kumpulan XX ini yang kurang bersetuju dengan arahan tersebut dimana mereka seakan-akan mengeluarkan satu konsensus bahawa Kerajaan PAS Kedah akan beroperasi secara autonomi. Memang benar, MB Kedah mempunyai kuasa menentukan hala tuju negeri. Namun demi kesepakatan dan plan jangka panjang, MB Kedah perlulah menerima pakai aturan dan persetujuan konsensus dari PAS Pusat.

Kemelut pertama yang berlaku sebenarnya bukanlah pada isu KUIS, akan tetapi sebenarnya bermula dari pembentukan kabinet Kerajaan Negeri lagi seawal penubuhannya selepas PRU12. Ada pihak diperingkat PAS Pusat yang mengesyorkan bahawa PAS Kedah melantik ADUN DAP dan ADUN PKR sebagai EXCO…. namum PAS Kedah beranggapan bahawa adalah tidak perlu melantik ADUN DAP sebagai EXCO kerana DAP hanya memenangi satu kerusi sahaja.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang juga berbuat demikian keatas ADUN PAS. Perkara ini saya bersetuju. Sewajarnya kedua-dua Kerajaan Negeri mengambil inisiatif melantik wakil walaupun seorang dari parti gabungan Pakatan Rakyat sebagai EXCO.

Bertitik tolak dari ini, maka berlakulah beberapa perkara dan insiden yang menyebabkan PAS Kedah kelihatan seperti tidak selari dengan PAS Pusat dan konsensus Pakatan Rakyat. Ini semua kerana MB Kedah benar-benar ingin mengoperasikan Kedah secara autonomi. Malah kumpulan XX ini kerap mendesak Azizan Razak supaya mengekalkan corak ini. Ini memperlihatkan seolah-olah Kerajaan PAS Kedah bukan Kerajaan PR (Pakatan Rakyat).

Kumpulan XX ini lebih kepada mengambilcara konsep ketuanan Melayu dalam segala urusan. Malah kalau dilihat daripada impak dan kesan yang berlaku, kumpulan XX ini tidak langsung mahu menerima pakai apa sahaja yang diwarwarkan dalam Buku Hijau. Sikap merasakan bahawa PAS mampu untuk mengekalkan kuasa kerana pernah menang majoriti di Kedah pada PRU12 nampaknya seakan menebal. Malah ada juga cakap-cakap bahawa dengan hanya undi dari orang Islam sahaja sudah cukup untuk memberikan PAS kuasa di Kedah.

Sindrom ini dulunya pernah menguasai PAS Terengganu malah sehingga kehari ini ianya masih membekas. Ini kerana bagi kedua-dua negeri ini, peratusan orang Melayu agak tinggi. Adalah bernasib baik sindrom ini tidak menjangkiti PAS Kelantan. Terlalu ramai orang-orang didalam PAS yang sebenarnya teramat perkauman malah terlebih perkauman berbanding UMNO.

Mereka ini tidak sedar bahawa segala tindakan mereka dilihat oleh semua pengundi yang ada diluar sana. Kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU12 bukanlah semata-mata hasil dari undi rakyat yang menyokong penuh Pakatan Rakyat, namun sebenarnya undi terbesar datangnya dari orang-orang yang diatas pagar yang melihat peluang untuk mengajar UMNO/BN adalah dengan cara mengundi parti lawannya.

Selagi mana ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang terlalu yakin akan kekuatan PAS bersendirian, selagi itulah PAS tidak akan kemana. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Terengganu. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa PAS kalah di Terengganu pada PRU11 adalah kerana pengundi hantu, saya sama sekali tidak bersetuju sepenuhnya.

Ini kerana hasil kajian dan pemerhatian saya, didapati sikap ahli-ahli PAS sesudah PAS menang dan memerintah negeri Terengganu Darul Iman lah yang menyebabkan PAS Terengganu hanya mampu memerintah Terengganu satu penggal sahaja. Sikap “over confident” dan “besar kepala” telah mendarahdaging didalam PAS Terengganu sehinggakan menggangap bahawa rakan gabungan Pakatan Rakyat adalah sampah.

Inilah juga sindrom yang kini sedang melanda PAS Kedah dan anda jangan terkejut jika saya katakan bahawa kumpulan yang sama berada di kedua-dua negeri. Mereka-mereka ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar. Malah mereka juga mempunyai jangkauan sehingga keluar parti dan ada yang bersahabat dengan pimpinan UMNO. Dalam banyak kes, maklumat dalaman Parti ada yang tersasar keluar terus ke dalam parti lawan hasil dari “mulut tempayan yang susah ditutup”.

Kesimpulannya, apa yang anda sedang lihat kini sebenarnya hanyalah kurang dari 20% daripada apa yang sebenarnya berlaku disebalik tabir. Walaupun saya ada mempunyai beberapa maklumat yang agak tepat dan konkrit, namun kekhuatiran bahawa saya akan dituduh sebagai agen UMNO/BN adalah tinggi. Ugutan demi ugutan pernah dan berterusan saya dapat daripada pihak-pihak yang semakin panas dengan pendedahan sedikit demi sedikit yang saya pamerkan.

Inilah masalahnya bila ada pimpinan Parti yang didepan cakap lain, dibelakang cakap lain.
Sekian buat masa ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.