Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, August 13

Apa yang RAFIZI seronok sangat neh... [BACA]

Dia bukan bingung, dah memang BENGONG...

Shahrizat bingung, tertekan, bicara disambung 18 Sept

KUALA LUMPUR 10 Ogos: Bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil didapati tertekan ketika berhadapan peguam bela, Ranjit Singh.
“Saya rasa situasi tadi telah meletakkan Shahrizat dalam keadaan tertekan,” kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin ketika ditemui.
Shahrizat juga dilihat bingung untuk menjawab soalan hingga terserlah perwatakan beliau sebagai seorang ibu yang tidak peka terhadap kehidupan suami dan anak-anak.
“Saya tahu anak saya bekerja dengan suami saya, tapi apa yang mereka buat dan ke mana (mereka pergi) saya tidak tahu,” kata Shahrizat.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, situasi kes berlangsung tadi merupakan satu permulaan yang baik bagi perjalanan kes itu.
“Peguam telah melakukan kerja yang baik, seronok melihat prosiding tadi,” katanya.
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes disambung 18 September depan.

19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Rafizi sebanyak RM100 juta berhubung projek kontroversi NFC.

Ia berikutan pendedahan KEADILAN berhubung dana RM250 juta untuk penternakan lembu itu disalah guna keluarga Shahrizat.

Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan.

Shahrizat dalam samannya mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.- KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.