Monday, August 6, 2012
ROSMAH Dan Pingat Perak CHONG WEI
LONDON, 6 Ogos -- Datuk Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara badminton perseorangan lelaki kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Sukan Olimpik 2012 di London malam tadi.
Chong Wei tewas kepada pemain dari China, Lin Dan dengan catatan mata 21-15, 10-21, 19-21 dalam perlawanan akhir acara itu di Wembley Arena.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah; isteri Menteri Kesihatan, Datin Seri Lee Sun Loo dan isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Kanagam Palanivel.

0 orang berkata:
Post a Comment