Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
 
 
  
Print Friendly
Oleh: MSK



Semalam, gambar ni banyak di kopipes kebeberapa blog dan FB. Ini bukan gambar dalam mesyuarat rasmi atau majlis-majlis kerajaan, tapi sembang santai. Yang buat gambar ni hot adalah kerana ada sorang mamat pakai kopiah transformer sebelah Najib tu.

Aku tak minat dengan Mamat kopiah transformer tu. Yang aku minat ialah apa yang dibincangkan. Apa yang aku nampak dalam gambar itu ialah satu konspirasi. He.he…ini bukan konspirasi Illuminati tapi ada la sikit-sikit macam konspirasi Yahudi.

Apa yang disembangkan oleh Najib dan dua orang lagi tu hanyalah sembang santai. Najib bagi tau, “Raya nanti hangpa mai la rumah aku!!” Tok Arab tu pun jawab, “Insyaallah..kami Raya dulu kat sini, lepaih tu kami pi sana la.”

Tup-tup..habih saja bersembang, Najib pun panggil wartawan dan buat sidang media.” Ulama tersohor Arab Saudi puji kerajaan Malaysia.” Fuiyo!!

Wei..kalau Tok Arab tu yang cakap dalam sidang media, kot-kot aku boleh percaya, tapi kalau Najib yang cakap bagi pihak Tok Arab tu, sikit pun aku tak percaya. Semuanya boleh di auta.

Mahathir dulupun sanggup bayar duit juta-juta nak jumpa Presiden Amerika. Entah apa yang depa sembang, kita pun tak tau. Tup-tup, lepas habih sembang, tangkap gambar sama-sama, Mahathir pun panggil wartawan.

“Amerika menyokong tindakan Malaysia menggunakan ISA untuk membenteras pengganas Islam.” Fuiyo…Mahathir memang terrer, tapi bila Najib pun nak buat taktik macam tu..dah basi la.

Aku dok cari kot-kot ada Tok arab tu yang caakp depa puji Malaysia, sama ada kat laman Umno atau Malaysiakini…tapi yang ada hanya Najib yang cakap.

Itu intro saja…bukan isu yang aku nak cakap. Sebelum hangpa baca seterusnya, cuba tengok gambar dibawah ini pulak.



Gambar Haji Hadi di Mesir inilah yang meneybabkan mengapa Najib terpaksa mencari peluang untuk berposing di Makkah dengan Tok Arab Saudi. Manakala Tok arab di Makkah pula seronok dapat duduk dengan Najib sebab depa memang memerlukan sahabat untuk menjaga kepentingan monarki Saudi.

Gambar Haji Hadi di Mesir telah menaikkan imej PAS didunia Islam. Pas diterima oleh Ikhwanul Muslimin.

Apa yang ramai orang tak tau, Arab Saudi tak suka Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin kumpulan rebel…kalau dibiarkan, silap-silap boleh terhapus Raja Saudi.

Semasa pilihanraya Mesir selepas tamat revolusi Jasmin, Arab Saudi telah menghantar sepucuk surat kepada dutanya di Kaherah untuk memastikan Mohamed Morsi tewas dalam pilihanraya.



Dokumen rahsia terpenting mengenai komplot menteri luar Saudi, Saud bin Faisal bin Abdul Aziz untuk menghalang kemenangan calon Islam dalam pilihanraya berjaya diperolehi agensi berita Al-‘Alam.

Al-‘Alam telah mendedahkan salinan surat dokumen tersebut di laman sesawangnya pada hari Sabtu lalu.

Surat yang telah dikirim oleh Faisal ke kedutaan Arab Saudi di Kaherah itu mendedahkan usaha Riyadh untuk menghalang kemenangan Islam dalam pilihanraya presiden.

“Dengan ini ditegaskan bahawa kami penjaga Haramain yang mulia, meminta anda berusaha sepenuhnya untuk menghalang kemenangan calon Islam terutamanya Mohammed Mursi,” menurut surat tersebut.

Antara lain ia turut menyatakan sebagai ‘Ikhwanul Muslimin ancaman sebenar kepada Arab Saudi’ dan ‘Kita tidak mahu mereka berkuasa’.

“Jikalau tidak, kita akan kehilangan kedudukan memimpin dunia Arab dan Islam,” tambahnya lagi.

Ikhwanul Muslimin Mesir mengumumkan bahawa calon Mohammed Mursi telah berjaya memenangi kebanyakan undi pilihanraya pusingan pertama minggu ini dengan lebih 25% undi.
Menurut laporan Reuter, keputusan pusingan pertama pilihanraya presiden Mesir menunjukkan calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi dan bekas ketua tentera udara Ahmed Shafiq menduduki tangga teratas dengan undi masing-masing berjumlah 5,553,097 dan 5,210,978.

Hasil keputusan rasmi tidak akan berakhir pada Selasa ini untuk membolehkan jawatankuasa pilihanraya mendengar aduan dan permohonan tentang undi. (Kredit kepada Ibnu Azmi)
Okay..apa konspirasinya?

Pertemuan Najib dengan Tok Arab Makkah diatur untuk kerja-kerja propaganda pilihanraya. Pertemuan diatas hanyalah untuk menunjukkan siapa lebih Islamik. Kalau masih ramai yang tak tau bahawa propaganda pilihanraya Umno kali ini ialah 3R. Royalty, Religion and Race.
3R inilah yang sedang dioptimumkan penggunaannya oleh Umno. Setiap hari kita dok baca dan tengok tiga perkara ini.

Diawalnya, Umno menggunakan Raja-raja. Bila Nizar sebut pasai RM520k pun, Umno berkokok hampir setiap hari. Tapi akhirnya, isu Raja ni makan diri balik bila Uncleseekers setiap hari pula menulis tentang Sultan Johor. Sekarang, Umno tak banyak cakap pasai sultan dan Raja-Raja.

Isu bangsa dan ugama pulak yang dimainkan. Maka dicarilah Pak-pak Pandir  diserata tempat untuk bercakap tentang fatwa. Abdullah Saamah pun tiba-tiba diberikan gelaran Tok Guru. Harussani pun diminta berkokok. Mufti Pahang pun diminta memberikan fatwa.

Tiba-tiba mufti-mufti bercakap tentang sama ada DAP halal atau haram. Sokong Soi Lek tak haram. Rasuah 250 juta Pak Mufti tak mau keluar fatwa. Sultan yang membazir…tak ada mufti yang berani keluar fatwa.

Sekarang..sapa yang percaya fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan? Bersih pun boleh jadi haram…apa punya turrr punya mufti.

Sekarang, fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dah tak laku. Fatwa boleh dibeli macam beli logo halal JAKIM.

Derhaka pada Raja…yang tu pun orang dah tak peduli.
Fatwa mufti-mufti…yang tu pun dah tak laku. Tok sah kata mufti di Malaysia, Mufti Mekah pun orang tak percaya.

Yang tinggal lagi..isu bangsa. Tengok la sikit hari lagi. Ada saja isu tentang bangsa yang akan dimainkan.


***Sumber Berita Dari:

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.