Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Najib perlu hentikan percubaan Umno mengapi-apikan isu agama, kata Pakatan

August 19, 2012
 
 

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR) hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mesti bertindak dan hapuskan segala percubaan Umno, yang merupakan parti utama dalam Barisan Nasional (BN), untuk mengapi-apikan sensitiviti agama sebelum pilihanraya umum ke-13.

Lawan politik Najib itu memberi peringatan ini kepada perdana menteri semasa mengecam gambar controversial yang dipos di laman Facebook rasmi Pemuda Umno kelmarin.

Poster kontroversial itu, yang telah ditarik balik beberapa jam selepas kemunculannya di laman Facebook itu, menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ [Tuhan berkatimu, anakKu] .”

Setiausaha organisasi nasional DAP, Teresa Kok menggelar gambar Facebook itu sebagai tindakan “kebudak-budakan” dan beliau menggesa Najib, yang merupakan presiden Umno dan presiden BN, untuk mengambil tindakan.

“Saya fikir Najib perlu meneliti parti diri beliau. .. ada elemen tertentu dalam parti yang cuba memusnahkan negara ini dengan memainkan api agama,” beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

Beliau juga berkata ini adalah percubaan untuk “merosakkan” harmoni perkauman dan agama yang sedia ada di Malaysia.

“Saya fikir Najib perlu serius meneliti hal ini, kalau tidak slogan 1Malaysia beliau akan jadi bahan ketawa,” kata ahli Parlimen Seputeh itu, dan beliau mengambil perhatian bahawa gambar itu dipost sebelum perayaan Aidilfitri hari ini yang “diraikan oleh semua bangsa”.

Kok (gambar kanan) berkata beliau gembira bahawa ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah bertindak dengan cepat dan mengeluarkan poster yang bersifat hasutan itu dari laman Facebook itu dalam masa beberapa jam.

Khairy kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut dan turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.
Poster itu ditarik balik dari laman web itu pada kira-kira 6.30 petang semalam.

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata “kenyataan dalam page Pemuda Umno jelas menunjukkan ia adalah dipengaruhi oleh sentimen-sentimen yg ditunjukkan oleh Umno dan media arus perdana.”

Beliau berkata penyebaran sentimen-sentimen ini “boleh akhirnya menyebabkan porak-peranda.”

“Walaupun Pemuda Umno kata mereka tak censor [menapis] apa yang dipos di Facebook page, hakikatnya ini hasil daripada sikap Umno and media arus perdana.”

Beliau berkata tindakan ini bertujuan untuk “menakutkan pengundi Islam untuk takut mengundi Pakatan Rakyat”, tapi berkata rakyat Malaysia sekarang sudah “matang” dan tidak akan dipengaruhi dengan “provokasi” seumpama ini.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga mengecam poster itu, menggelarnya sebagai “sordid display of bigotry, lies and irresponsibility by an organ (of) the ruling party (pameran keangkuhan, penipuan dan sikap tidak bertanggungjawab oleh organ parti pemerintah)”.

“Sekurang-kurangnya, Pakatan Rakyat patut menerima permohonan maaf yang serta-merta,” beliau berkata dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider kelmarin.

“Saya menantikan tindakan cepat dari pihak berkuasa untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab untuk mana-mana pos di atas laman FB Pemuda Umno,” beliau berkata, dan merujuk kepada Seksyen 114A Akta Keterangan sebagai undang-undang yang relevan.

Minggu lalu, perdana menteri telah berkata di Twitter bahawa kerajaan persekutuan akan mengkaji semula Seksyen 114A yang salah satu kesannya meletakkan anggapan (presumption) bahawa pemilik laman web adalah penerbit kenyataan yang dibuat.

Tetapi Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kemudian berkata pindaan undang-undang yang diluluskan Parlimen pada bulan April dan berkuatkuasa bulan lalu, akan kekal.

Gambar yang dipos di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.

Poster itu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Gambar yang dimuatnaik ke atas laman Facebook Pemuda Umno itu dilihat sebagai peringatan orang ramai tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.

Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.