Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU selepas penggal penuh, senarai calon BN masih disusun, kata sumber

Oleh Jahabar Sadiq

August 10, 2012
 
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Barisan Nasional (BN) mungkin memanggil pilihan raya selewat-lewatnya tahun depan oleh kerana Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum menyelesaikan senarai calon-calon dan sedang berurusan dengan penyandang yang enggan memberi laluan kepada muka baru, kata sebuah sumber kepada The Malaysian Insider.

Minggu lalu, Perdana Menteri (PM) bertemu dengan pegawai-pegawai UMNO pada majlis berbukapuasa di seluruh negara, termasuk di Terengganu malam tadi, memberi taklimat mengenai persiapan pilihan raya dan berkata beliau yakin BN dapat kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Isunya sekarang adalah senarai calon.
“Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih sedang menyelesaikannya.
“Pilihanraya tidak akan dipanggil selagi senarai calon belum selesai,” kata seorang ahli Umno yang menghadiri salah satu program berbuka puasa tersebut.

The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan bahawa rancangan untuk membubarkan Parlimen pada bulan ini telah ditangguhkan selepas dua ahli parlimen Sabah keluar BN dan memberikan sokongan kepada musuh ketat, Pakatan Rakyat (PR). 

Pengerusi BN akan melawat Sabah pada Sabtu ini dan mengumumkan sebuah suruhanjaya siasatan diRaja untuk menyiasat peningkatan pendatang tanpa izin di sana, isu sensitif dinegeri tersebut.

Presiden Umno itu mempunyai masa sehingga April depan untuk memanggil pilihan raya sebelum mandat gabungan pemerintah tamat tempoh. Lima tahun selepas pilihanraya umum 2008 apabila ia kehilangan empat negeri dan majoriti tradisi dua pertiga daripada 222 kerusi parlimen.

 “Terdapat beberapa ahli parlimen veteran yang fikir mereka masih boleh menang tetapi Najib telah memberitahu mereka hanya calon ‘boleh menang sahaja yang akan dipilih. Sesetengah tidak boleh menerima hakikat ini jadi ia akan mengambil masa,” kata pegawai itu. Seorang lagi pembesar Umno berkata, Najib, juga Menteri Kewangan, membayangkan bahawa lebih banyak bantuan tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diberi kepada rakyat Malaysia. Kira-kira 5.3 juta isi rumah mendapat manfaat daripada program itu awal tahun ini apabila setiap daripada mereka diberi RM500 untuk mengurangkan kos perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat.

“Najib melihat untuk memberikan (BR1M) sekali lagi selepas Tahun Baru Cina  tahun hadapan, katanya.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Najib telah melahirkan keyakinan kepada rakan-rakan Umno bahawa pembelotan ahli parlimen Beafort, Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing tidak akan menyakiti BN Sabah, sambil mengingatkan bahawa Umno kekal kukuh di negeri Malaysia Timur.

“Beliau telah berkata pada umum dan juga memberitahu kami secara peribadi bahawa langkah kedua-dua ahli parlimen Sabah itu tidak akan memberi kesan kepada kita semua. 

“Sabah masih deposit tetap,” kata seorang lagi pegawai yang menghadiri salah satu acara buka puasa Najib. “RCI perlu bagi membantu kami meningkatkan sokongan,” tambahnya.

Walaupun pandangan Najib optimis, pegawai Umno itu memberitahu bahawa jentera parti diseluruh negara masih belum bergerak seperti biasa dan ramai orang-orang veteran tidak mahu memberi laluan untuk bakat baru. 

“Semua orang ingin menjadi calon dan beberapa veteran yang telah diberitahu PM mereka mahu terus kekal,” kata seorang pegawai.

“PM telah beritahu, pasukannya akan terdiri daripada orang lama dan baru,” tambahnya.
The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan beberapa tarikh telah dipertimbangkan untuk pemilihan termasuk tarikh pada September yang telah ditukar selepas dua pemimpin BN Sabah menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat (PR).

Sumber BN juga berkata mereka telah mengambil kelengkapan kempsn seperti T-shirt dan poster dari gudang di beberapa pelabuhan untuk diedarkan kepada semua negeri dan bahagian. Sumber mengatakan, beberapa bahan diimport dari China dan Indonesia.

“Najib popular. Tinjauan Merdeka Center terkini menunjukkan beliau mendapat 64 peratus dan dia sampai kepada semua demografi,” kata pemikir strategik BN kepada The Malaysian Insider.

Apabila BN memanggil pilihan raya pada tahun 2008, mantan PM, Tun Abdullah Badawi mendapat 71 peratus rating popular tetapi beliau hilang majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan penguasaan terhadap empat buah negeri.

Najib, yang mencari mandat pertama pada PRU, telah melawat seluruh Negara dengan program Jelajah Janji Ditepati sejak beberapa bulan lepas dan akan melawat Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi bagi kempen. 

Ironinya atau kebetulan, Janji Ditepati, adalah tema bagi Hari Kebangsaan tahun ini pada 31Ogos. 

Satu kempen baru yang dikenali sebagai “Saya Pilih Malaysia” juga telah dilancarkan baru-baru ini pada kos hampir RM40 juta, yang dikatakan dibayar oleh penyokong BN.

Penyokong itu juga memberikan cek terbuka kepada BN bagi mengupah ‘askar siber’ yang berpusat di Damansara Perdana dan Bangsar untuk menggunakan laman-laman online seperti Facebook, Twitter dan blog – berkempen agenda BN.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk mengundi jika PRU dipanggil dalam jangka masa terdekat melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi Dun di 12 negeri. 

Walau bagaimanapun, PR yang memerintah empat negeri masih belum berkata sama ada mereka akan mengadakan pilihan raya pada hari yang sama seperti pilihan raya umum oleh kerana mandat mereka hanya tamat April tahun hadapan. Sarawak sudah melalui pilihan raya negeri tahun lepas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.