Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified



Wednesday, August 22, 2012

TERKINI! Umno-APCO Labuan Bakal Berdepan Krisis!

 
Khabar terbaru dari pusat pesisir kewangan antarabangsa yang dibanggakan Umno-APCO kali ini nampaknya semakin memeningkan kepala perdana menteri Najib Altantuya!

Bekas ahli parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman mendesak Kerajaan Persekutuan dan Umno-APCO pusat supaya menjelaskan kedudukan sebenar Yussof Mahal yang kini sudah diisytiharkan muflis.

Suhaili bimbang kedudukan Yussof akan dieksploitasi sepenuhnya Pakatan Rakyat bagi keuntungan politik mereka dan ini akan menjejaskan persiapan jentera pilihanraya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Rakyat Labuan kini mempersoalkan status Yusof sama ada masih layak hadir ke Parlimen mewakili mereka atau sudah hilang kelayakan walaupun telah membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah awal bulan ini.

Yusof yang juga kroni Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin juga berdepan tugas berat sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan kerana dia juga terpaksa melepaskan jawatan tersebut dan kedudukan serta imej Labuan sebagai pusat pesisir kewangan antarabangsa (LOFSA) akan menghancurkan masa depan pulau yang terletak dalam Wilayah Persekutuan itu.

Pada 7 Ogos lalu, Yussof diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan dan rujukan dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my.

Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu.

Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat. 
 
 
 
Jalan Pulang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.