Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 22 Ogos 2012

Perutusan Aidilfitri DAP Kebangsaan: “Iktibar pemerintah adil,orang berpuasa dan orang yang dizalimi”

  
            DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak golongan yang rasuah dan menyalah guna kuasa sepertimana menjadi tradisi UMNO-BN.
              DAP juga percaya bahawa keamanan hanya boleh tercapai dengan persefahaman, kebenaran, keharmonian dan nilai murni antara kaum, mengecapi kemajuan dan menitikberatkan keadilan untuk seluruh rakyat .

Demikian amanat penting buat seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan rasmi Hari Raya Aidilfitri DAP Kebangsaan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Menurutnya, beliau amat tertarik dengan ajaran Islam yang ada menyatakan mengenai tiga golongan yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.


“Jadi inilah sebabnya kerajaan PR berusaha dengan bersungguh-sungguh memberi komitmen untuk menjadi kerajaan yang adil agar doa para pemimpin Islam yang berada dalam perjuangan PR diterima, khususnya agar masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.” Ujar beliau.

Justeru katanya, dalam usaha menegakkan keadilan, pemimpin PR terpaksa menghadapi banyak fitnah dan tomahan jahat seperti fitnah skandal seks yang terjijik dan juga fitnah sebagai petualang yang mencetuskan tragedi berdarah Mei 13.

“DAP yakin bahawa di kalangan seluruh rakyat yang beragama Islam maupun yang bukan Islam dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil.”

“Itulah sebabnya rakyat semakin muak dengan fitnah skandal seks yang cuba dibabitkan terhadap pimpinan PR atau ahli keluarga mereka sehingga rakyat tidak percaya lagi.”

Turut disentuh Gun Eng ialah mengenai filem “Tanda Putera” yang disifatkan sebagai rasis dan percaya bahawa ia merupakan usaha terbaru memburuk-burukkan DAP.

“Filem “Tanda Putera” ini cuba mengaitkan saudara Lim Kit Siang sebagai berkelakuan tidak senonoh dan menjadi pencetus tragedi Mei 13 di Kuala Lumpur walaupun beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan amat menyedihkan lagi apabila filem ini telah ditaja oleh Kementerian Penerangan dan mendapat publisiti meluas media dan cybertroopers UMNO serta khbar Utusan Malaysia.”

Selain memainkan isu perkauman, isu agama juga sering digunakan pihak UMNO-BN yang boleh menimbulkan kebencian dan ketegangan.

“Sebelum ini Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sering diserang dan dilabelkan sebagai anti-Islam, kemudian DAP juga dituduh mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara Malaysia.

“Walaubagaimanapun, tomahan dari laporan Utusan Malaysia ini telah disahkan palsu dan tidak benar sama sekali oleh pihak polis.” Jelas Guan Eng.

Sungguhpun begitu kata Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang akan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang menyebarkan fitnah terutamanya terhadap Utusan Malaysia dan UMNO.

Beliau menegaskan bahawa usaha PR menentang mereka yang rasuah dan zalim tanpa mengira siapa pun samada kaum atau agama malah usaha murni ini memberi harapan cerah kepada negara.

“Adakah rakyat Malaysia mahu mengulangi gejala kerugian RM1,000 bilion daripada wang haram yang mengalir keluar daripada Malaysia dalam tempoh masa 10 tahun ini?” soal beliau.

“Pilihan rakyat Malaysia adalah jelas iaitu di antara ideologi ketuanan UMNO yang penuh dengan fitnah, kebencian, keganasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menganiayai rakyat ataupun sebuah negara berprinsip dan bersatu padu berdasarkan prinsip kebebasan, kebenaran, keadilan, mengeratkan hubungan silaturahim dan kebajikan untuk semua.”

Di akhir kenyataannya, Lim Guan Eng mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.” – roketkini.com

1 orang berkata:

Pencinta kebenaran said...

Asalamualaikum PakKaramu.. Saya Inginkan pendapat dan pandangan ikhlas tuan tentang Anwar Ibrahim...adakah beliau layak memimpin negara?adakah beliau pengamal hubungan songsang ?apakah hubungan Anwar dengan Paul wolfowitz?apakah hubungan Anwar dengan international crsis group?Siapakah yang menaja Anwar?...saya tidak memihak kepada mana-mana parti tetapi hanya pencinta kebenaran...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.