Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, August 18, 2012

Janji Ditepati: "Janji Demokrasi" Mahu 8 Tuntutan Ditunaikan!

Gabungan Janji, sebuah gabungan terdiri daripada 49 badan bukan kerajaan (NGO), tidak mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan akan berhimpun pada malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.

Menurut penganjur, di bawah tema “Janji Demokrasi”, mereka akan berhimpun di pancuran air di kawasan tersebut pada jam 10 malam pada hari tersebut.

“Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat “Janji Demokrasi”.

“Gabungan Janji sekali lagi dengan terbuka hati ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang cukup istimewa kali ini.

“Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa. Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai baju berwarna kuning pada malam ambang Merdeka,” kata pengelola perhimpunan Janji yang dihantar pada The Malaysian Insider hari ini.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

“Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan,
” kata beliau.

“Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulinan Hari Kemerdekaan.

“Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55,” kata beliau lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail menasihati penganjur Himpunan Janji Bersih agar tidak membelakangkan undang-undang negara ketika menganjurkan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Ismail berkata hak untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut kemerdekaan negara adalah milik setiap rakyat di negara ini, namun berharap pihak penganjur tidak membawa sebarang agenda lain untuk kepentingan pihak tertentu.

“Saya melihat begini, kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan.

“Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara,” katanya lagi. -TMI
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.