Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAYA DIARAH SUPAYA TIDAK GANAS

Saya diarah supaya tidak ganas semasa bertugas, kata polis dalam inkuiri Bersih

August 09, 2012
 
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — ASP Ong Seng Keong dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras hari ini memberitahu panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa beliau menerima arahan dari pihak atasan supaya tidak bertindak ganas dalam menangani para penunjuk perasaan semasa perhimpunan ‘duduk bantah’ Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih), hari ini.

Katanya ini adalah prosedur operasi standard (SOP) yang mewajibkan polis membawa gari dan pistol semasa dalam tugas.

“Saya telah diberitahu supaya menggunakan kaedah lembut, dalam masa sama mengikuti SOP.
“Walaubagaimanapun, saya tidak ada menahan mana-mana pihak semasa hari tersebut,” kata Ong, merujuk kepada perhimpunan tersebut pada 28 April yang lalu.

Dalam soalan balas dari pihak inkuiri, beliau berkata adalah salah untuk pihak polis untuk merampas barangan dari wartawan.

“Sebagai pegawai yang bertugas, saya memakai baju uniform polis, dengan tag pengenalan diri, pistol dan gari,” katanya lagi.

Menurutnya, dalam prosedur tersebut, hanya polis wanita sahaja dibenarkan untuk menahan para penunjuk perasaan wanita.

Ong juga berkata beliau tidak menyedari bahawa ada berlaku penahanan semasa demonstrasi tersebut.

“Saya diarahkan berkawal di sekitar bangunan Dayabumi pada hari kejadian, dari jam 1 tengah hari hingga jam 12 tengah malam.

“Semasa kejadian tersebut, para penunjuk perasaan telah mencaci polis dengan memanggil kami sebagai ‘anjing kerajaan’, tetapi pihak polis bertindak professional,” katanya lagi.

Panel inkuiri yang terdiri dari naib presiden Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee, dibantu oleh Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen, akan menemuramah 22 saksi sepanjang inkuiri tersebut.
Inkuiri akan bersambung pada 10 Ogos.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.