Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 21 Ogos 2012

Hudud : Amaran keras MCA,di mana suara ulama Umno

KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

“Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.

“Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?” ujarnya.

Dalam keadaan demikian, kata beliau tidak sedikitpun pemimpin Umno yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut.

Katanya lagi, Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya.

Beliau berkata, Umno yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam.

Tambahnya, selama berpuluh tahun Umno sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.