tuan-ibrahim-tuan-man 
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan "gimik politik" sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.

Pak Karamu kata:
Ini menunjukkan UMNO sudah terdesak, ini membuktikan UMNO sebenarnya tenat ! tapi cakap masih lagi besar !

Selain mendakwa Dr Mahathir tiada autoriti kerana bukan lagi Perdana Menteri, kenyataan dibuat oleh beliau kelmarin memperlihatkan ketidakikhlasannya, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.

Pak Karamu kata:
Jika Mahadhir ikhlas maka dia cubalah mempengaruhi ahli UMNO menyertai PAS, dunia akhirat selamat ! Tapi ajakannya adalah muslihat besar, dia cuba nak memerangkap lagi, tapi rakyat khususnya ahli PAS sudah celik politik

"Beliau tidak ada autoriti kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi. Apa yang beliau kata hanya pandangan peribadi, idea beliau sahaja... bukan keputusan Perdana Menteri, bukan keputusan Kabinet," kata beliau sambil merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak memperlihatkan pendiriannya dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

Pak Karamu kata:
Mahadhir cuba hendak mempengaruhi PM kot-kot UMNO  terkeliur dengan idianya

"Sedangkan semasa beliau jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri telah menghantar surat menggugut Pas yang memerintah Kerajaan Negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud, semasa memerintah Terengganu, mereka halang lagi," kata beliau.

Pak Karamu kata:
Masa tu dia jahat, la ni dia dah baik kot, lagipun dia bercakap pada bulan ramadhan, lagipun dia dah baca kenyataan Karpal Singh dah terima hudud (dengan bersyarat) tubuhkan negara islam dulu' lagipun ? Apa lagi ?
 

Justeru katanaya, "mengapa tiba-tiba mengajak kami, Pas menyertai Umno untuk melaksanakan hukum hudud?"

Pak Karamu kata:
Sebab dia ajak PAS secara tiba-tiba, maka ini menunjukkan UMNO sangat terdesak, lepas tu dia lanyak PAS balik ! Macam menolong anjing tersepit jew ! Opp ? ma'ap kasaw sangat !

Sehubungan itu, katanya, perkembangan terbaru ini hanya satu lagi gimik politik Dr Mahathir untuk menarik sokongan pengundi-pengundi atas pagar dengan melabel kononnya Pas tidak mahu kerjasama dengan Umno.

Pak Karamu kata:
Kenyataan Mahadhir macam sambil menyelam meminum air, serampang dua mata, tapi tak mungkin juga sebab dia dah tua tak boleh menyelam lama-lama

"Itu sahaja. Ini gimik menjelang pilihan raya. (Dr Mahathir) Dia tidak ikhlas," kata beliau lagi.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Dr Mahathir antara lain berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, komponen BN itu amat mengalukan-alukan penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).


Pak Karamu kata:
Ishh , Mustahil, sepatutnya dia (UMNO) selesaikanMCA dulu yang menentang hudud dan islam, kita nampak MCA lebih jahat dari DAP  sebagaimana yang mereka sangka
 
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
AKAN MENYUSUL