Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUKA JAGA PUNGKOQ ORANG

Sunday, August 5, 2012

Bekas Kakitangan Guan Eng ada rumah RM1.8Juta?.. Zamil Ibrahim kantoi...


Ingat lagi sidang media yang diadakan oleh Zamil dan juga Bendahari KITA Kedah H'ng Sau Ping yang meminta penjelasan Guan Eng tentang kononnya seorang bekas kakitangannya memiliki rumah bernilai RM1.8Juta?

Selain Utusan dan TV3 boleh dikatakan kebanyakkan Blog Pencacai UMNO memainkan isu ini..

Ini laporan dari Utusan @ Lidah Rasmi UMNO tentang perkara itu..
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown.

Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.


"Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai semasanya dianggarkan RM1.8 juta.


"Jika rumah ini disewa sekalipun, ia mungkin melebihi RM3,500 sebulan. Jadi, dengan gaji sebagai seorang kakitangan pejabat Ketua Menteri, adakah dia mampu?


"Sudah tentu, orang ini mempunyai hubungan sungguh istimewa. Oleh itu, Guan Eng perlu tampil menjelaskannya," katanya pada sidang akhbar di sini – Lidah Rasmi UMNO 

Itu kisah semalam.. hari ini pula ianya sudah berbeza..

Zamil Ibrahim telah dikantoikan oleh H'ng Sau Ping sendiri.. kata H'ng Sau Ping beliau telah diperalatkan oleh individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita Kedah.

Dan laporan polis telah dibuat terhadap Zamil.. manakala Pengerusi Kita Kedah yang sebenar, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.

Ini laporannya...
Sau Ping: Saya diperalat Zamil Ibrahim buat kenyataan media

SUNGAI PETANI – H’ng Sau Ping semalam membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataannya yang disiarkan akhbar semalam berhubung kait dengan pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurutnya, kenyataan itu telah disediakan pihak tertentu terlebih dahulu manakala skrip telah disediakan sebelum kenyataan akhbar bermula.


“Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana hanya diperalatkan pihak tertentu supaya berbuat demikian,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam.


Sau Ping berkata, dia seorang yang berpendidikan rendah , tidak tahu apa-apa tentang perkara berkenaan dan hanya mengikut kehendak pihak tertentu.


“Saya juga ingin membuat laporan terhadap seorang individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita dan telah memperalatkan diri saya untuk membuat kenyataan di surat khabar.


“Saya sedar ini adalah satu kesilapan besar dan mengaku dengan ikhlas segala kenyataan bukan dari diri saya.


“Oleh itu saya memohon pihak berkuasa memberi kerjasama terhadap keselamatan diri dan keluarga,” katanya selepas membuat laporan polis semalam.


Sau Ping bagaimanapun menafikan dia diberikan imbuhan atau diugut untuk berbuat demikian, sebaliknya ke lokasi sidang media kerana diajak oleh seorang ‘sahabat’ namun tidak mengetahui tentang kewujudan sidang media.


Kelmarin, Sau Ping mengeluarkan kenyataan dan disiarkan Sinar Harian semalam di bawah tajuk ‘Rumah Mewah Milik Siapa’ yang bersangkut-paut dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Sementara itu, Pengerusi Kita Kedah, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.


Bagaimanapun beliau tidak menafikan tindakan itu mencemarkan nama parti itu.


“Kita memberi amaran keras terhadap individu berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. - Sinar Harian

Mungkin kerana si Zamil tu berpuasa agaknya pada hari sidang media itu diadakan.. jadi untuk memelihara puasanya, beliau telah menyediakan skrip untuk dibaca oleh H’ng Sau Ping..

Jadi.. dalam hal ini yang bercakap itu H’ng Sau Ping.. Zamil hanya duduk di sebelah..

Bulan Ramadhan pun hang sebar fitnah jugak ya Zamil? Apa nak jadi ni?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.