Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Syawal Menjadi Medan Kebangkitan Baru
16 August 2012
0 Pendapat
Pendapat Anda?

Bulan Ramadhan yang akan ditinggalkan ini pasti meninggalkan seribu kemanisan beribadah kepada diri kita. Semangat yang diperkuatkan dan diperkukuhkan sepanjang menghadapi dugaan Ramadhan ini pasti menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi cabaran dalam aspek kehidupan yang lain. 

Sambutan Syawal kali ini pastilah sangat bermakna kepada mereka yang menghayati semangatnya. Syawal diraikan sebagai simbol kemenangan iman melawan nafsu serta menundukkan upaya keinginan untuk mengingkari segala apa yang diperintahkan. Syawal ini seharusnya telah menganjakkan diri manusia ke satu dimensi baru yang lebih baik, menonjolkan sisi perjuangan yang lebih memberi inspirasi.

Kita akan menghadapi satu pertembungan hebat yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja selepas ini. Pertembungan ini disebut-sebut sebagai satu pertembungan nilai, pemikiran , semangat serta keteguhan percaya antara yang benar dan yang batil. Inilah yang akan menjadi kayu ukur ke mana arah bangsa Malaysia akan berada untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Pertembungan ini akan menjadi titik tolak untuk membina negara dan bangsa yang lebih bermaruah dan dihormati. Keadaan sekarang, dimana kegemilangan telah pudar dan harapan adalah samar-samar adalah satu malapetaka yang dicipta pemerintah zalim yang tamak serta mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Anak muda harus mengadaptasi semangat Ramadhan dan Syawal untuk menempuh cabaran untuk mengembalikan maruah umat ini ke tempat yang selayaknya. Menjadi satu kerugian sekiranya kita melepaskan peluang terbaik ini untuk menjadi sebahagian catatan sejarah , sebagai generasi yang menggerakkan zaman ini ke hadapan. Bangkitkan keyakinan, serta istiqamah menuju ke gerbang kemenangan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah.

Fajar Syawal yang menjelang adalah satu waktu tepat untuk anak muda berubah, dan bangkit bersama -sama berganding bahu. Rapatkan jurang perkauman, hidup dalam satu makna bangsa, negara dan jiwa. Kesepaduan yang jitu bakal memberi impak berlainan dan menjanjikan kegemilangan baru. Kehidupan lalu jadikan satu hagemoni yang memberi pengajaran, agar generasi anak muda nantinya tidak akan mengulangi khilaf yang sama.

Anak muda harus buka mata melihat sekeliling, memandang lebih jauh dan mendalami penderitaan bahawa bangsa ini telah kehilangan maruahnya sebagai sebuah bangsa yang bebas. Segala bentuk penindasan yang direkayasa secara halus, perlahan-lahan telah mengikat kaki dan tangan kita untuk hidup megah. 

Malangnya masih wujud sebahagian yang berpuas hati serta menyerah dengan kehidupan yang dilalui, tanpa menyedari bahawa yang diambil lebih banyak dari apa yang dinikmati serta tidak berpeluang berada pada tahap kehidupan yang lebih menjanjikan kedamaian.

Justeru, saya mewakili Kelab Anwar Ibrahim ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat sekalian anak mua yang meraikan, serta mereka yang menerima tempias semangatnya. Pastikan Syawal ini akan menjadi saksi, kelahiran semangat baru, yang menjanjikan kemenangan paling manis dalam kehidupan yang pasti ditinta dalam lipatan sejarah yang akan dibaca berulang-ulang oleh pemberani zaman akan datang.
Salam Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC MALAYSIA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.