Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Thursday, August 23, 2012

Tuan Guru Nik Aziz Kini Di Hospital!

 

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk berehat.

Setiausaha Akbarnya, Ahmad Fadli Shari berkata, pemimpin PAS itu tiba pada jam 2 petang tadi setelah dinasihatkan oleh doktor supaya menghabiskan cuti hujung minggu di hospital.

“Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu di sebelah pagi, Nik Aziz menghadiri majlis pecah tanah pembukaan Pavilion di Tunjung, dekat Kota Bharu.

Nik Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

Sama-samalah kita mendoakan agar Tuan Guru kembali pulih seperti sediakala.

Kenyataan akhbar 23 Ogos 2012 7:38 pm

[setiausaha akhbar] Memandangkan spekulasi yang tersebar begitu meluas berkaitan kesihatan YAB Tuan Guru, suka pihak kami memaklumkan secara rasmi bahawa YAB Tuan Guru hanya berehat di wad HUSM Kubang Kerian atas nasihat doktor semasa beliau mendapatkan rawatan rutin awal pagi ini.


Beliau memohon untuk menangguhkan kemasukan ke dalam wad bagi menyelesaikan beberapa tugasan termasuk merasmikan pelancaran Tunjong Pavillion pagi tadi.

Beliau dinasihatkan mendapatkan rehat yang berkualiti pada hujung minggu ini di dalam wad selepas jadual kerja yang agak padat termasuk memenuhi jemputan kenduri di sana sini.

Sekian, pohon doa semua pihak agar beliau diberikan kesihatan yang berpanjangan, Insya Allah.
Jalan Pulang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.