Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UDAH NAK MAMPUS BARU HANG CAKAP LAGU NI ?


SAPA NAK CAYA KAT BN, SAPA NAK MASUK BN, KAN KE BN TU BARISAN NERAKA ? HANG JANGAN KELENTONG LA !

Friday, August 17, 2012

Perlaksanaan Hudud : syarat baru Che Det

 
Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).



Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
 

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.
 

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.
 

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
 

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.
 

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.
 

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
 

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno....  
 
 
 
 
Sinar Harian/Parlimen Kota Raja

1 orang berkata:

hussin said...

siapa dia dalam kerajaan? sebagai pengerusi petronas pun dia sanggup 'memaksa' mas sain kontrak dengan syarikat petron milik anaknya.

kejatuhan kesultanan melayu melaka dahulu adalah akibat mamak mendeliar. apakah sejarah akan berulang kembali?

apakah ada kepimpinan pas yang sanggup mempercayai tawaran mahathir ini? sedangkan semasa dia piem dahulu apa dia tak kata terhadap islam dan hudud. alih2 hari ini dia tawar ontuk melaksanakan hudud jika pas keluar dari pr dan bersama umno. saling tak tumpah dengan seruan nasharudin mat isa! kalau ada pemimpin pas yang mahu telan bulat2 tawaran mahathir ini, ingat kembali nasib petronas yang dia sebagai pengerusi terpaksa dikorbankan demi kepentingan anaknya.

entahlah jika mahathir juga "jambatan" penghubung umno dengan pas seperti nasha "jambatan" penghubung pas dengan umno. kedua2 belah pihak sudah siap "jambatan" masing2 dan pembinaannya sedang dalam proses dan akan bertangkup di tengah2...

pemimpin pas perlu sedar dan insaf dan tidak lupa kepada amanah almarhum ustaz fadhil kalau pun tak mahu ambil kisah tentang ucapan2 permusuhan terhadap islam/hudud/pas dari pemimpin2 umno khususnya mahathir sendiri. janganlah jadikan syawal sebagai alasan untuk menyiapkan jambatan!

ucapan ini tidak ikhlas sedikait pun kecuali satu perangkap bukan sahaja untuk memecahbelahkan pakatan rakyat malah lebih dari itu - satu usaha untuk menghancurkan pas! dia telah berapco lebih dahulu serta lebih lama dari najib!

hubaya hubayalah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.