Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Utusan menyebelahi Dr M berkenaan teori bangsa, selepas laporan DAP ‘haram’

August 08, 2012
 
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dilihat sengaja menimbulkan konflik apabila mencadangkan konspirasi bagi membuktikan kenyataan kontroversi Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum semakin rasis dengan pilihan raya semakin hampir, kata Lim Kit  hari ini.

Wakil rakyat pembangkang itu menuntut Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap akhbar arus perdana tersebut apabila akhbar itu mengeluarkan artikel “Haram sokong DAP” hari ini.

“Ada konspirasi untuk membuktikan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad itu betul dengan bekas PM itu pada Jun menjangkakan pilihan raya umum akan memberikan keutamaan terhadap kaum kerana ‘Malaysia semakin rasis’,” kata Lim (gambar) dalam kenyataannya.

Dr Mahathir yang merupakan PM keempat dan yang paling lama berkhidmat telah mengeluarkan kenyataan kontroversi ketika forum di sini pada 28 Jun — pilihan raya umum ke-13 akan menjurus semakin perkauman kerana rakyat Malaysia semakin bersifar perkauman.

“Mereka mahu dikenali berasaskan kaum mereka, walaupun mereka putus hubungan dengan negara ataupun asal usul,” kata Dr Mahathir ketika forum berkenaan politik dan perniagaan, sambil menambah,”itu sebabnya sekarang ini politik lebih bersifat perkauman berbanding dahulu.”

Lim turut menyelar Utusan kerana bertindak dengan tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan laporan apabila memetik ustaz pondok yang menyatakan “haram” untuk masyarakat Islam menyokong DAP namun mengatakan MCA dan MIC boleh diterima kerana parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dikenali sebagai penyokong Islam.

“Akhbar yang menyiarkan di muka hadapannya “Haram sokong DAP” adalah akhbar anti Malaysia,” kata Ahli Parlimen Ipoh-Timur itu.

Jelasnya jika akhbar yang rapat dengan BN mengeluarkan kenyataan menentang BN, Umno atau parti komponen, Menteri Dalam Negeri akan segera menyekat akhbar berkenaan daripada dikeluarkan.

“Namun inilah PM, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan membenarkan penyiaran artikel yang berunsur perkauman seperti itu,” kata Lim.

“Adakah Najib, yang memperjuangkan ‘penyatuan kesederhanaan’ di pentas dunia, akan mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia atas contoh ekstrimis, ketidak bertanggungjawaban, menghasut, dan anti semangat kebangsaan, kepercayaan beragama dan bersatu padu?” cabar Lim.

Akhbar berkenaan melaporkan ustaz di sekolah pondok, Abdullah Sa’amah, berkata Muslim tidak seharusnya mengundi DAP dan rakannya PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-13.

“Perjuangan DAP tidak menerima Perlrmbagaan (Persekutuan), mereka mahu kesamarataan (untuk) Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahukan kesamarataan,” kata Abdullah dipetik Utusan.

“Wajib untuk Muslim dalam PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang cuba mengambil kuasa melalui pilihan raya.”

“Berdosa menyokong parti yang bekerjasama dengan DAP kerana menyokong mereka bererti kita juga menyokong pakatan,” kata pengasas sekolah Pondok Geting di Tumpat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.