Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, August 22, 2012

PANAS!! Mahathir kata UMNO Syaitan..


Aku rasa Mahathir kali ni dah silap terjemah.. asalnya kalau tak silap aku ini adalah pepatah Cina yang bermaksud  'Lebih baik hantu yang anda kenali dari hantu yang anda tidak kenali'..

Pepatah Cina membandingkan antara Hantu dengan hantu..

Tapi dia dah terjemah jadi 'Better the devil you know than the angel you don’t', maksudnya “Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal..."

Mahathir pula bandingkan Syaitan dengan Malaikat, satu perbandingan yang sangat kontras.

Atau mungkinkah itu pepatah dari Karala?

Dari apa yang ditulisnya dalam Blog Chedet.cc dibawah tajuk 'Change' apa yang dimaksudkannya dengan Syaitan itu adalah UMNO/BN..

Manakala 'Malaikat yang anda tidak kenal itu' pula adalah Pakatan Rakyat..

Syaitan adalah sekumpulan Malaikat yang ego dan ingkar dengan arahan dari Allah s.w.t untuk sembah kepada Nabi Adam.

Syaitan walau dalam apa jua keadaan kita tahu sifatnya memang ego, bongkak, berlagak dan berbagai lagilah.. kalau Mahathir samakan manusia-manusia yang ada dalam UMNO/BN itu dengan Syaitan.. aku sangat setuju... ha..ha..ha..
Lebih baik ‘syaitan yang dikenali’, pesan Dr M kepada pengundi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.

“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.


“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.


“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.


Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.


Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.


Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.


Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.


Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta  lebih rendah untuk rakyat Malaysia.


Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.


“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.


“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”


Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.


Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.


“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.


“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.


“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim -
The Malaysian Insider

HIDUP TUN!!! HIDUP TUN!!!   Hidup supaya boleh bercakaplah lagi... ha..ha..ha..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.