Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG MATANG JIKA IKUT TELUNJUK UMNO

PAS amal politik tidak matang isu Nasharudin bertemu PM di Makkah — Mustapa

August 19, 2012
 
PUTRAJAYA, 19 Ogos — Pemimpin dan anggota PAS dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak ‘sertai’ terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis RumahTerbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas, selepas pulang dari Makkah, Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau PAS kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Sehari sebelum itu, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.