Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

(3) HOT Issue@Perak - 18 setan 'hitam' akan hilang kerusi di Perak ?

HOT Issue@Perak
raden albanjari | 5.20am - 13 Sept.,2012

Kelmarin sambil makan mee kari berasap sama cendol mantap..aku duduk bersembang dengan satu orang koat Umno Bahagian. Kebetulan orang koat Umno itu juga merupakan ada bau-bau bacang saudara dengan keluarga sebelah mertua. Tanpa berkias atau berpantun-pantun deras dia bagitau bahawa 18 kerusi Parlimen di Perak dalam kategori 'hitam', yang maknanya peluang untuk BN menang sangat tipis malah ada kawasan yang langsung  sudah 'swing' 360 darjah. Untuk pengetahuan pembaca, Perak kini mempunyai 24 kerusi Parlimen.

Statisitik yang diberi, sedikit bikin aku jadi gelisah. Mana dia dapat ini figur haa ? Zamry yang bagitau. Wow !! Hebat juga 'kulaan' seorang ini. Zamry bagitau dia apabila dia sendiri yang bertanya dan itulah yang keluar dari mulut Zamry Pasola ketika dia hadir di majlis terbuka aidil fitri di Telok Medan, Bagan Serai Perak baru-baru ini.


Ingatkan 15 rupa-rupanya 18 kerusi Parlimen yang ditandingi oleh BN di Perak pada PRU akan datang langsung tak selamat. Aku hanggukkan saja. Kalo dia nak menipu, maka tertipulah aku. Jika Zamry nak menipu dia, memang hati 'hitam' sungguh si Zamry. Dan aku yakin Zamry tak menipu. Mana mungkin 'syaitan' yang dikenali sanggup menipu sesama syaitan...lainlah jika tipu itu dilakukan kepada 'malaikat' yang langsung tak dikenali. 

Kita tinggalkan sebentar persepsi 'hitam' yang kini terus membelenggu Umno di Perak. Biarkan dia dimamah oleh hukum 'karma' akan dosa-dosa silamnya yang dilakukannya kepada rakyat Perak. Biarkan..Biarkan !

Sabotaj calon 'agamawan' ?
Dalam suasana Umno Perak yang terus kebingungan dan bercelaru untuk mencari kemenangan pada PRU13 akan datang, terbit pula suara-suara nyaring yang apabila diamati suara-suara itu bukanlah suara yang datang nya dari 'Gunung' betul-betul bikin hati jadi tak syiok. Faham ker apa yang aku kias kan ni ? 

Pendek cakap, ada usaha untuk meremehkan dan menolak beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding di Parlimen dan juga DUN di negeri Perak khususnya dari PAS yang dilihat tidak menepati piawai dan spesifikasi dari kacamata  mereka. Namun beberapa 'serangan' awal telah pun dilakukan menerusi media maya. Apapun aku masih mengambil sikap 'tunggu dan lihat'. Jika terlaku 'keterlaluan' maka sesuatu tindakan harus dilakukan segera bagi membendung 'fitnah' atau kisah yang belum tentu benar yang didokong jaja pula oleh 'malaikat* ' yang dikenali dari kalangan (*)penulis-penulis 'bohong' yang tidak berparti di negeri ini. Apa macam ?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.