Musuh tidak mahu Islam berkuasa
NOH GADUT
 
KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut mendakwa Yahudi dan musuh Islam telah menggariskan empat strategi untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia, sekali gus menghalang Islam dari terus menapak, kuat dan bersatu sehingga mampu memerintah dunia.

Menurutnya, misi musuh Islam yang didalangi Yahudi, mahu umat Islam terus berada dalam kemiskinan terutamanya dalam bidang ekonomi dan berada dalam kejahilan dan buta huruf serta tidak bersatu-padu.


“Mereka mahu umat Islam jadi miskin dan papa kedana. Malah, mereka suka apabila umat Islam berpecah-belah, dan saling memfitnah antara satu sama lain. Mereka tidak  mahu umat Islam berkasih sayang dan takut kita akan bersatu di peringkat dunia.


“Contohnya melalui isu Rohingya, Iraq dan di Palestin, merek lihat bagaimana umat Islam tidak dibela dan tidak bersatu. Jadi, kita jangan sesekali mati hati dan harus ubah serta pertahan maruah kita,” katanya dalam tazkirah mempertahan keperibadian Rasulullah SAW, di Masjid Jamek Kampung Baru, kelmarin.


Hampir 500 hadirin yang selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah mendengar tazkirah itu.


Noh turut menegaskan musuh Islam sengaja memasarkan barangan haram kepada umat Islam supaya makanan yang haram dimakan, mendapat kifayah daripada ALLAH sekali gus menyebabkan doa-doa orang mukmin tidak dimakbulkan.


“Musuh Islam tahu, makanan yang haram yang dimakan oleh orang Islam akan menyebabkan doa mereka tidak didengari dan musuh telah kaji dengan melakukan strategi ini untuk melihat kehancuran umat Islam seluruhnya,” katanya.