Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mahfuz bakal ganti Ustaz Azizan jadi MB Kedah?

0
0
  
Print Friendly

oleh: Cenangau

Sekali sekala baca spin blog penchachai Umno ni ok jugak, boleh buat ‘relese tention’. Kalau takat nak gelak sorang-sorang tu boleh la baca depa punya spin yang cukup mengarut.

Contoh macam satu blog penchachai yang depa kata makan gaji dengann Umno beribu sebulan, sungguh-sungguh dia spin melenggok ke kiri melenggok ke kanan nak bagi spin andaian dia tu nampak munasabah.

Kalau jenih yang duduk bawah tempurung langsung tak peduli pasai sumber lain melainkan berita TV3 suku dan Utusan mungkin la kut boleh percaya tapi bagi yang agak-agak celik politik Kedah walaupun sikit takkan boleh percaya spin mengarut blogger penchachai tu.

Kalau pun ada terdetik di hati Mahfuz teringin nak jadi Menteri Besar, dia pun tentu sedar keberadaan dia sekarang ni langsung tak menghala ke situ, nak ubah stereng hala ke situ pun dah payah, nak sampai boleh sampai ke situ pulak dah nak dekat ke mustahil pun ada, kecuali la kalau PAS Kedah macam Umno, memang takdak yang mustahil.

Apa pun, 2 laporan SinarHarian macam kat bawah ni cukup menarik perhatian aku yang nampak memang berkaitan.

Yang pertama melibatkan Hj Phahrol:
ALOR SETAR – Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau individu yang didakwa membuat kenyataan kepada sebuah portal berita, berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu diganti sejak setahun lalu, ekoran masalah kesihatan.

Katanya, krisis yang mengaitkan dirinya bersama seorang lagi Exco, Dr Ismail Salleh dianggap selesai sejurus mereka akur keputusan Pas Pusat untuk kembali dalam barisan Exco, 5 Mac lalu.

“Saya andaikan ada pihak mahu memporak-perandakan semula Pas Kedah setelah krisis Exco selesai Mac lalu. Laporan portal berkenaan mungkin sengaja dibuat untuk cetuskan kekacauan dalam Pas Kedah,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka di rumahnya, di Taman Gunung Bayu, semalam. – Sinarharian.
Aku malas nak ulas panjang, cuma nak ingatkan yang semua tu adalah hasil tindakan ‘kamikaze’ Hj Phahrol sendiri, kira ok jugak la, hayat politik Hj Phahrol masih lagi ‘hidup’. Kalau betul tindakan ‘kamikaze’ patutnya hayat pilitik Hj Phahrol dah ‘syahid’ bulan Mac hari tu.

Yang kedua pulak melibatkan Ust Azizan melalui Setiausaha politik dia, Sanusi Md Nor:
ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menjadi mangsa fitnah terbaru blogger pro-Umno, apabila dikatakan menyerahkan projek tanpa tender meneroka kawasan galian di Mukim Temin, Kubang Pasu, bernilai jutaan ringgit kepada syarikat kroni.

Difahamkan, surat daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah kepada sebuah syarikat terbabit didedahkan secara meluas di laman-laman blog adalah bukti dakwaan itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, yang menafikan syarikat berkenaan adalah kroni Azizan dan mempunyai ikatan persaudaraan dengan pemilik syarikat terbabit.
Muhammad Sanusi berkata, galian kuarza ditemui di kawasan hutan oleh sebuah syarikat yang meneroka dan membawa penemuan itu kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk mengadakan jalinan kerjasama. – Sinarharian.
Panjang lebar Sanusi Md Nor membentangkan hujjah membela diri bagi pihak Ust Azizan dalam laporan SinarHarian tu.

Aku cuma nak ingatkan satu benda ja. Dalam Islam disuruh supaya ‘mengelakkan fitnah’. Kita bukan saja mesti bersih tapi kena berusaha untuk kelihatan bersih ataupun dari sudut lain, kena berusaha untuk tak kelihatan kotor.

Apa pun, aku harap Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan Mac lepas tu kerap sikit turun ke Kedah, tengok sendiri, siasat sendiri apa sebenarnya yang berkalu di Kedah. Tambah-tambah PRU13 dah semakin dekat ni.

Kalau tengok ke 2 laporan Sinarharian tu, nampak macam memang ada yang masih lagi ‘main kotor’, tak wala’ kepada keputusan Mestuarat Khas PAS Pusat di Kedah bulan Mac lepas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.