$entry.content.caption.value
mahfuz
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, bukan satu isu besar jika Kedah tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti negeri Selangor jika Kerajaan Pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu kos akan meningkat, sehingga lebih RM80 juta seperti didakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tindakan itu diperuntukkan oleh undang-undang.

"Kalau negeri Sabah boleh buat pilihan raya Dun asing, mengapa tidak Kedah?" kata beliau ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media, hari ini.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi belum membuat keputusan sama ada mengadakan PRU13 secara berasingan atau bersama-sama dengan Kerajaan Pusat.

Selangor sebelum ini memutuskan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana SPR masih lagi belum membersihkan daftar pemilih.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah yang pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah jika calon luar dari Kedah mahu bertanding dalam kerusi di negeri itu.

"Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah.

"Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon," tegasnya.