Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OK TERUSKAN SIASAT, TAPI SIASAT SAMA MAHADHIR


Isu 'tweet': Nazri mahu Koo Ham disiasat
SITI SAFA MOHD NOR
22 September 2012
Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Isu 'tweet': Nazri mahu Koo Ham disiasat
Tweet terkini Koo Ham berkaitan isu berkenaan.
KUALA KANGSAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung laporan polis yang dibuat orang ramai yang membantah kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kerana mempertikaikan bantahan umat Islam terhadap filem Innocence of Muslim.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan kerana ia menyentuh isu sensitif yang boleh mengancam ketenteraman awam dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


“Saya amat berharap siasatan segera perlu dilakukan hasil laporan polis yang telah dibuat seluruh negara kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.


“Saya sendiri melihat kenyataan Koo Ham di laman twitternya itu berunsur hasutan kerana ia boleh membangkitkan kemarahan orang ramai apatah lagi melibatkan isu agama,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Kangsar, di sini semalam.


Rabu lalu, Koo Ham menerusi laman Twitternya mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem berkenaan.


Semalam, Koo Ham memohon maaf dan bersedia menarik balik mesej yang dipaparkan melalui laman Twitter itu.


Sementara itu, di Lumut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menyifatkan kenyataan terbaru Koo Ham di laman Twitter yang dilihat terus mengkritik dirinya dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin adalah sebagai satu serangan peribadi.


“Tweet berkenaan dilihat terlalu peribadi apabila mengaitkan nama saya dan juga Ketua Pemuda Umno. Saya sendiri tidak tahu kenapa beliau bersifat peribadi dalam kenyataannya itu.


“Walaupun sudah meminta maaf, beliau terus mengkritik dan membelasah BN (Barisan Nasional) dan Umno serta menuduh kita yang memanipulasi kenyataan berkenaan,” katanya.


Zambry berkata, tindakan Koo Ham mempersoalkan penentangan terhadap filem Innocence of Muslim yang menghina Nabi Muhammad jelas boleh dibaca dan difahami semua orang.


"Tidak timbul soal manipulasi seperti yang dibangkitkan kerana jika ada yang menghina atau mengkritik tentang agama Islam, saya berhak bersuara untuk mempertahankannya. Kenapa beliau tiba-tiba tuduh saya manipulasi kenyataan itu,"katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.