Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
PRU13: Hampir 96 peratus calon PKR sudah muktamad
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
PETALING JAYA - PKR telah memuktamadkan 96 peratus calon yang bakal diturunkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.

Beliau berkata, senarai calon PKR bagi seluruh negara kini di tahap 96 peratus membabitkan mereka yang berpengalaman dan golongan muda.


Menurutnya, jumlah empat peratus itu adalah pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) yang masih perlu diperhalusi bagi membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang.


"Boleh dikatakan PKR sudah selesai menentukan 96 peratus calonnya. Kesemua nama telah diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengumuman akan dibuat bila tiba masanya.


"Calon yang diperkenalkan nanti lebih berwibawa dan setia kepada parti daripada calon yang diperkenalkan pada pilihan raya 2008 yang lalu," katanya.
 
Dalam pada itu, DAP berkata, senarai calon partinya untuk PRU13 belum lagi dimuktamadkan.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, pihaknya belum menerima satu senarai nama penuh.

"Persediaan kita biasa sahaja, tetapi kita tak dapat lagi senarai nama calon untuk bertanding pada PRU13 yang akan datang," ujar Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Beliau turut berkata, seperti parti lain mempunyai masalah tersendiri apabila memilih calon untuk pilihan raya kerana ia perlu dilakukan dengan teliti serta perlu berbincang untuk mendapat persetujuan semua pihak.

"Seperti Umno juga mereka menghadapi masalah untuk memilih calon... kalau kita sebut terlebih awal ini akan memberikan pelbagai masalah kepada kita," ujar Seng Giaw.
Beliau turut berkata, terlalu awal untuk "kami mendedahkan."

Apabila ditanya tentang persiapan pihaknya di Parlimen Kepong, beliau berkata: "Kita dah biasa jumpa dengan rakyat, malah kita menjalankan tugas seperti biasa, malah persiapan yang
dilakukan untuk PRU13 adalah sepanjang tahun."

"Kalau tunggu pilihan raya baru nak  bekerja, itu dah terlalu lewat malah perkara itu tak ada guna," ujar Seng Giaw.

Beliau menambah, sebagai ahli politik mereka akan ikhtiar apa yang patut, dan segalanya terserah kepada pemilih untuk menentukan sokongan mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.