Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, September 22, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 3)

 

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 3)
Sultan Idris Shah Almarhum Afiffullah

Pesan Ayahandaku (Almarhum Sultan Idris) kepada kami semua 

“Jangan kawen banyak macam aku...kalau nak ikut yang lain aku tak kisah” 
Kolonel Kehormat Askar Jurutera Malaysia
Sultan Idris Shah Almarhum Afiffullah

Kata-kata hikmah Almarhum Ayahandaku 

“Aku kalau orang kaya mencari aku, aku tak heran...melainkan demer nak pangkat atau harta..tapi jika katak keredek (orang susah) mencari aku, ada ler yang tak kene, sebab aku ler tempat penghabis demer mengadu domba.” 

Ayahanda amat perihatin tentang hamba rakyat biasa. Baginda amat berat tentang nasib rakyat dan akan mencemar duli turun padang untuk mendapatkan kebenaran. Baginda suka ‘melihat sendiri’ keadaan dan dengar aduan rakyat biasa.

Sikap Almarhum Ayahandaku Almarhum kenal hamba rakyat baginda dan juga ahli kampung dan baginda sendiri akan bertanya khabar. Dia tidak suka hanya mendengar kata-kata pegawai kerajaan. Dia ingin dapat maklumat sendiri. Apabila baginda ke Hulu Perak, baginda akan mendapat info risik daripada hamba rakyat tentang pergerakan ahli komunis dan akan sampaikan kepada pegawai2 keselamatan.

Baginda memang rapat dengan hamba-hamba rakyat dan ahu segala bukit bakau, gunung ganang dan persisiran air Negeri Perak. Pegawai Daerah tak dapat nak kelentong sebab baginda tahu kedaan negeri sebenar. Baginda akan berziarah kawasan atau kampung tanpa escort atau notis kepada pegawai-pegawai istana. Baginda pernah bertitah,

“Perak negeri aku, suka hati akulah nak temu rakyat aku. Takder nyer demer nak bunuh aku (tanpa escort)...” 

Pada pendapat peribadi aku....

"Jangan harap Sultan Azlan nak buat gitu"

Pernah Sultan Azlan sewaktu baginda belum menjadi Sultan menegur Almarhum Ayahandaku kerana memiliki banyak kereta dan Istana... maka baginda menegurnya kembali, 

"Apabila kamu menduduki kerusi yang panas ini, barulah kamu tahu"... 

Dulu ngate bapak aku, sekarang ni amacam?


Keris Taming Sari terselit dipinggang Almarhum Ayahanda

Majlis Tahlil Almarhum Ayahandaku Di Sabotaj!

Majlis tahlil yang saya ingin mengadakan untuk Almarhum paduka Ayahanda serta untuk sekian Almarhum Sultan-Sultan Perak terbatal sebab ditahan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar serta anggota polis yang telah pergi ke Mesjid Kota Lama Kanan dan telah menghalang AJK mesjid dari meneruskan rancangan majlis tahlil bersama rakyat.

Mereka mengata bahawa saya perlu mendapatkan titah perkenan kebawah Duli Sultan Azlan untuk megadakan majlis tahlil untuk Almarhum Ayahanda sendiri...
 Ingin saya tahu, perlukah hamba rakyat biasa memperolehi perkenan Sultan atau pemerintah untuk mengadakan majlis tahlil, satu perkara yang baik bagi mengingati yang mati...? Akhirnya, saya beralah dan batalkan majlis tersebut... Tetapi didalam hati saya, akan saya ingat sampai mati,
 “You have insulted the memory of my father” 


Lagu di bawah ini adalah lagu kesukaan Almarhum. Tanyalah sesiapa yang seangkatan dengannya atau isteri baginda yang masih hidup. Semasa hayatnya, lagu ini akan diulang beberapa kali didalam kereta.


Uncle Seekers

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.