Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Singkir anggota sabotaj calon demi bentuk perikatan kukuh, kata Nazri Abdullah

September 13, 2012
KOTA KINABALU, 13 Sept — Tindakan bersifat segera untuk menyingkirkan mana-mana anggota Barisan Nasional (BN) yang mensabotaj calon parti pada pilihan raya umum akan datang adalah dialu-alukan bagi membentuk perikatan yang kukuh pada masa depan.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata ini kerana pada siri-siri pilihan raya umum lepas, BN dilihat tidak mengambil tindakan menyeluruh selain parti komponen tidak mempraktikkannya.

“... jadi kadang-kadang mudah ahli parti dan pemimpin sabotaj calon. Kalau dibiarkan, ia boleh menjejaskan BN pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri warga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Sabah (KPKK) di Kompleks Bersepadu KPKK di sini malam tadi.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Sabah Abdul Jalani Mahmud, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Almain Ajirul dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Sabah, Abdul Manap Lakariba.

Mohd Nazri mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi amaran bahawa anggota atau pemimpin Umno yang didapati mensabotaj calon parti akan disingkir daripada parti.

Beliau berkata tindakan segera perlu diambil apabila terdapat bukti mencukupi berlakunya sabotaj.

Tindakan sedemikian bersesuaian dengan transformasi Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menunjukkan ia sebagai tindakan yang praktik dan proaktif oleh pucuk pimpinan parti, katanya.

“Sudah tiba masa perkara ini (sabotaj) tidak berlaku, sebaliknya ahli boleh menumpukan untuk menguatkan parti dan memenangkan calon yang dipilih parti Umno dan seluruh komponennya,” katanya.

Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula mahu tindakan penyingkiran turut diperluas kepada anggota parti komponen lain. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.