Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, September 13, 2012

PEKIDA - GANGSTER MELAYU?

CATATAN ANUAR MOHD NOR – kita langgar – kita kutip adalah antara kata-kata yang sampai kepada saya. PEKIDA ini samseng Melayu ke? Ini berlaku pada saya. Saya telah mengalami serangan sakit jantung baru-baru ini dan telah mendapat rawatan selama lebih dari 7 hari. Setiap bulan pekerja restoran saya – saya bayar pada tepat 7hb setiap bulan dan tidak pernah gagal sungguhpun restoran saya tidak pernah dapat keuntungan – selama ini.

Saya berusaha setiap bulan mendapatkan pendapatan lain untuk memberi peluang kepada restoran itu maju dan untuk dikenali. Namun baru-baru ini saya telah terlantar di hospital dan saya tidak dapat membayar gaji segelintir dari mereka pada 7hb – baru-baru ini. Dalam keadaan saya masih dirawat – saya dimaklumkan pada 10hb – bahawa ada seorang antara pekerja saya – yang saya lewat membayar gaji selama 4 hari (telah dibayar pada masa artikel ini di tulis) sudah mula bersedia untuk langgar saya.

Abang Long dari kawasan tempat restoran saya diberitakan akan bertindak untuk saudara nya dan akan melanggar saya kerana saya berhutang, kelewatan gaji selama 4 hari dengan nilai hanya RM 600.00. Saya dimaklumkan oleh pekerja lain saya bahawa Abang Long ini sudah kecoh – sudah siap untuk melanggar saya sekiranya gaji RM 600.00 (kelewatan dalam masa saya di hospital) mahu melanggar saya. Saya dimaklumkan bahawa himpunan rakan PEKIDA sudah bersiap sedia untuk melanggar restoran sungguh pun saya tidak banyak kerenah sebagai majikan dan sentiasa memberi perhatian kepada pekerja saya.

Saya tidak dapat menghubungi – Abang Long ini – tidak ada nombor tetapi saya cukup tahu kerana Abang Long dari kawasan lain memaklumkan bahawa mereka akan bertindak ke atas saya – kelewatan 4 hari kerana saya sedang dalam hospital atas sebab serangan sakit jantung ke atas saya baru-baru ini.

Adakah PEKIDA ini – bentuk-bentuk mafia Melayu yang hanya tahu langgar melanggar – tidak pernah mengukur apa yang telah mereka peroleh selama mereka kerja – layanan seperti keluarga dan menjadikan saya sebelum ini tempat mereka meminta bantuan kewangan. Kelewatan kali ini kerana menghadapi sakit jantung menjadikan mereka mahu pecah memecah dan mengugut untuk melanggar saya.
Tidak faham – PEKIDA ini hanya berani kepada bangsa kita sendiri ke? Adakah dengan kehebatan mereka mahu melanggar saya – menunjukkan ciri-ciri gangster yang ada. Ini amat merunsingkan. Adakah jemaah dalam PEKIDA ini – hanya layak duduk menjadi penjaga kawasan – langgar melanggar tanpa usul periksa. Ini amat menyedihkan....

sumber:UR

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.