Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, September 11, 2012

Ng Yen Yen, tolong dengar baik-baik apa Guan Eng cakap.




Ng yen yen tolong dengar apa Lim guan eng cakap
RAUB, 10 SEPTEMBER: Rakyat Pahang diseru supaya menumbangkan kerajaan UMNO-BN negeri ini demi memastikan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan mereka terjamin.

Menyentuh isu serius perlombongan menggunakan bahan kimia sianida di Raub dan kilang pemprosesan nadir bumi oleh LYNAS di Kuantan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tidak ada cara lain selain melakukan perubahan.

“Kalau tidak ada perubahan kerajaan, syarikat gali emas menggunakan sianida oleh RAGM (Raub Australian Gold Mining sdn. Bhd) akan terus beroperasi. Kini, rakyat di Raub sudah bersuara untuk menghentikan penggunaan bahan kimia tersebut.

“Tetapi kerajaan BN tidak benarkan ia berhenti. Merka cuma nak dengar suara wang jatuh sahaja.” ujar beliau ketika berucap di konvensyen Tahunan DAP negeri Pahang semalam.

Membidas  Ahli Parlimen Raub Ng Yen Yen, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata bahawa menjadi seorang menteri bukan bermakna mendapat hak untuk mengkhianati serta mengetepikan kepentingan rakyat dan menguntungkan sesetengah pihak.

“Apa guna mempunyai Menteri Pelancongan yang banyak menghabiskan masa melancong ke luar negara dari menyelesaikan masalah di kawasan yang diwakilinya?”

“Tidak ada maknanya juga kalau mempunyai Menteri Kesihatan yang menyokong kilang pemprosesan nadir bumi LYNAS dan RAGM yang membahayakan kesihatan kita.”

Di kesempatan itu, beliau turut memuji semangat dan keberanian rakyat di Raub menghadiri himpunan membantah penggunaan bahan kimia sianida pada 2 September lalu.

Usul menentang penggunaan sianida diluluskan
Ketika ditemui, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pahang Tengku Zulpuri Shah berkata, konvensyen DAP Pahang kali ini meluluskan untuk bersetuju tidak menghalang sebarang aktiviti perlombongan.

“Yang kita tidak bersetuju adalah penggunaan bahan kimia sianida. Kita melihat penduduk harus diberi keutamaan”

Menurut beliau, peraturan pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sebarang aktiviti perlombongan di sesebuah kawasan penempatan adalah 500 meter dari jarak rumah penduduk. Tetapi ini tidak berlaku di lombong RAGM Raub.

Selain itu katanya, “Mengikut peraturan, penduduk harus diberitahu kaedah perlombongan untuk setiap lombong yang nak dibuka. Mereka akan buat bancian pendapat penduduk. Tetapi ia tidak dilakukan.”
 
 
 
Warta Kerajaan Rakyat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.