Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


07 Oktober, 2012

Dr. Asri Hentam 'Fatwa' Ulama Umno

Teguran Dr Maza terhadap fatwa orang-orang agama Umno secara literalis betapa mengkitik pimpinan politik kerajaan adalah haram, amat menarik perhatian.

Khususnya saya sendiri, kira-kira lebih 40 tahun tidak putus-putus mengkritik siapa saja, banyaknya adalah pemimpin politik dalam kerajaan. Pertama sebagai wartawan, saya diajar bahawa kritik itu adalah satu dari empat fungsi media selain daripada menyampaikan maklumat, menyampaikan pendidikan atau tarbiyah dan menyalurkan hiburan.


Dan kritik itu adalah rempah  ratus yang menyuburkan demokrasi yang menjadi pegangan Negara kita. Malah seluruh ulama haraki ini termasuk Ikhwanul Muslimin, menerima pakai demokrasi sesuai dengan situasi semasa.

Hujah Dr Maza, jika menegur pemimpin itu haram, maka apa jadi pada fungsi Parlimen yang dikira satu institusi kenegaraan yang sihat. Hidupnya mana-mana Parlimen di dunia ialah dibenarkan secara terbuka dan sihat menegur semua yang pincang dan lemah baik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang.


Malah dalam masa setahun setengah ini, dunia menyaksikan umat Islam di beberapa wilayah Islam bangun mengubah sistem parlimen dan pemerintahan rubber stamp yang dikira menzalimi dan membelenggu rakyatnya.


Jika fatwa orang agama itu dipakai, ertinya rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Libya, Syria sekarang dan lain-lain telah terlibat dalam kegiatan haram. Sedang dunia ulama seluruhnya mengira, yang dipanggil Arab spring itu adalah satu tindakan positif.


Oleh sebab fatwa ahli agama Umno itu melibatkan hukum agama, maka tidak boleh ditolak begitu saja dan tidak wajar diterima begitu saja kerana masing-masing membawa nas.Jika betul haram, katakan haram. Jika tidak katakan tidak.


Dalam mengukuhkan hujahnya, Dr Maza membangkitkan kritik terbuka Dr Mahathir terhadap pimpinan kerajaan selepasnya, malah tidak berselindung Dr Mahathir menyeru supaya pemimpin kerajaan itu digulingkan.


Mahathir tidak sekadar mengkritik pemimpin selepasnya saja. Tonggang  langgang hujung pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra adalah gara-gara serangan politiknya.Apapun tindak tanduk politik Dr Mahathir tidaklah dapat dijadikan ukuran sesuatu itu tidak haram.


Haram halal dan dosa pahala tidak termasuk  dalam kamus politiknya.Tidak wajar fatwa haram  itu dibuat bagi ditujukan kepada pembangkang saja. Maka fatwa itu mestilah meliputi sepak terajang politikus Umno juga.


Jika haram, yang pemimpin Umno buat terhadap pemimpin kerajaan pun haram juga.Bukan Dr  Mahaathir saja pemimpin Umno yang mengkritik pimpinan kerajaan sebelum dan selepasnya.


Apa yang Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin Umno tidak kata terhadap Dato Onn Jaafar yang menjadi salah seorang pemimpin kerajaan yang penting sebelum merdeka dulu.


Mungkin tidak haram mengkritik Dato Onn kerana  dia duduk  dalam kerajaan penjajah.Tetapi Tunku setiap minggu terus-menerus mengkritik Perdana Menteri Tun Razak, Perdana Menteri Tun Hussein dan Perdana Menteri Dr Mahathir.


Tulisannya dalam The Sunday Star menegur secara terbka semua perkara yang dirasanya tidak betul oleh tiga Perdana Menteri selepasnya.


Tidakkah secara politiknya, selepas  tidak menjadi Perdana Menteri, Tunku bergelumang dengan amalan haram?Maka teguran Dr Maza mesti diberi perhatian ketika kerajaan Najib hendak menguatkuasakan maqasid syariyah.
~harakahdaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.