Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


09 Oktober, 2012

Bekas Pengasas Bersama Hindraf Sertai PKR

Bekas pemimpin dan pengasas bersama Parti Hak Asasi Manusia (Hindraf), S Jayathas mengumumkan keputusannnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi.

Sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti tersebut di Merchant Square, Petaling Jaya itu menyebut penyertaan Jayathas akan memperkukuhkan lagi KEADILAN terutama dalam usaha menarik sokongan seberapa ramai kaum India menyertai parti itu.

Sambil menyifatkan penyertaannya sebagai signifikan dengan perjuangan parti yang mempunyai pelbagai kaum, Jayathas yang pernah ditahan 16 kali bersama pejuang hak asasi manusia dan ketika bersama Hindraf menyatakan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat yang diyakini mampu membawa perubahan kepada Malaysia setelah 55 tahun ditindas rejim Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, N Surenderan menyebut kemasukan Jayathas akan memperkukuhkan KEADILAN kerana pengalamannya menjadi pejuang rakyat dan reformis tulen tidak boleh disangkal hinggakan Umno tidak berani melakukan perkara yang tidak diingini ke atasnya.


Turut hadir, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Sivarasa Rasiah dan beberapa pegawai kanan parti.


Jawatan terakhir Jayathas dalam Hindraf adalah sebagai Ketua Penerangan dan perbalahannya dengan ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berhubung perselisihan faham terhadap pemimpin tertinggi Hindraf, P Uthayakumar, Julai lalu dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
~mpr

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.