Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


15 Oktober, 2012

Apakah Tujuan Sebenar Najib Bertemu Soros?.. Rakyat Semua Ingin Tahu..

Keengganan Perdana Menteri, Najib Altantuya menjelaskan tujuan dan topik perbincangannya bersama spekulator matawang antarabangsa, George Soros jika benar pertemuan itu tidak melibatkan sebarang rahsia yang perlu disembunyikan, ditempelak Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. “Rakyat ingin tahu apa muslihat pertemuan tersebut, apakah benar ia hanya perjumpaan biasa? 
Apa agenda yang dibincangkan atau menyambung perjanjian tersembunyi antara Soros dan Mahathir dulu?” soalnya.

Menurut Azan, pertemuan tersebut jelas membuktikan Barisan Nasional (BN) yang selama ini menuding jari terhadap Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros dan dalam masa sama meminta bantuan darinya.

“Sifat talam dua muka Najib Altantuya yang menyambung lidah Mahathir (Mohamad) dengan mendakwa Pakatan Rakyat menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan terbukti sengaja direka dan dihebohkan untuk memberi imej negatif kepada Pakatan Rakyat walhal pada sama kedua-duanya juga mengatur pertemuan sulit dengan Soros.

“Pertemuan itu pula tidak diperjelaskan, jadi ia menambah kesangsian kepada rakyat,” kata Azan yang ditemui sebentar tadi.

Mahathir bertemu Soros pada tahun 2006, kira-kira tiga tahun selepas berundur sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah minggu lalu mendedahkan pertemuan antara Najib Altantuya dengan Soros di sebuah hotel mewah, Hotel Plaza di Manhattan, New York, Amerika Syarikat pada 27 September 2010.

Najib Altantuya bagaimanapun menyatakan pertemuan tersebut merupakan kunjungan hormat biasa dan ia tiada salah, namun tidak mendedahkan tujuan dan isi perbualan mereka.

Azan juga tidak menolak kemungkinan konspirasi wang seludup sebanyak RM40 juta yang disalurkan kepada Umno Sabah juga melibatkan Soros.

“Saya syak wang yang kononnya sumbangan politik biasa kepada Umno Sabah tersebut juga melibatkan Soros, sebab itu pihak berkuasa tidak mendedahkan sumber wang tersebut. Kita harus ingat, pihak berkuasa berada di bawah kekangan beliau,” kata Azan lagi.

Katanya, tindakan bersekongkol secara sembunyi seperti ini seolah-olah Najib Altantuya mengheret negara dalam bahaya.

“Tindakan ini boleh menggugat kestabilan malah keselamatan negara kerana kita tidak mengetahui agenda tersembunyi di sebalik pertemuan rahsia itu.

“Najib Altantuya seolah-olah sedang menjual negara kepada dunia secara senyap-senyap,” tegas beliau.

Najib Altantuya yang juga Presiden Umno enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno, tetapi mengatakan ia adalah untuk sumbangan politik. ~mpr

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.