Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

1,500 pelabur buat aduan berhubung serbuan terhadap syarikat Genneva

October 10, 2012
 
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Kira-Kira 1,500 pelabur Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd membuat aduan di Pejabat Biro Aduan Pemuda Umno berhubung serbuan ke atas syarikat itu pada 1 Okt lepas. Pengerusi biro itu Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya menerima hampir  2,000 aduan daripada pelabur syarikat emas terbabit selepas Bank Negara Malaysia  (BNM) melakukan serbuan.

"Kesemua pelabur tidak berpuas hati dengan serbuan terhadap syarikat itu dan meminta pihak berkuasa memberi penjelasan," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada BNM untuk memberi jaminan tertakluk berhubung keupayaan kewangan syarikat itu memulangkan semua aset milik pelabur.

"Kami tampil kerana para pelabur ini adalah dikategorikan sebagai pelabur yang jujur, ataupun dikenali dalam istilah undang-undang sebagai pelabur bona-fide," katanya.

Beliau berkata demi kepentingan awam, BNM perlu menyenaraikan entiti dan individu yang beroperasi tanpa kelulusan di media massa.

Sementara itu, Al Jazzura Khan berkata selama beberapa tahun menjadi konsultan dan pelanggan syarikat pelaburan emas tersebut, pelabur tidak pernah ditipu.

"Apa yang kami beli, itu yang akan kami dapat, dan walaupun ada beberapa kali syarikat tersebut terlewat membayar keuntungan, tetapi syarikat itu tetap akan membayarnya," katanya.

BNM dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan dengannya disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk pengambilan deposit secara haram serta pengubahan wang haram. Serbuan di beberapa premis Genneva Malaysia serta kediaman pengarah syarikat itu dilakukakan bersama oleh Polis Diraja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.