Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


17 Oktober, 2012

Kantoi!! Berita Harian Di Aibkan Oleh Wakil PBB


Wakil Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) yang dilapor memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah persidangan antarabangsa baru-baru ini berkata komen beliau telah disalah tafsir oleh pihak media.

Dimitri Vlassis (kiri), yang merupakan ketua cawangan rasuah dan jenayah ekonomi UNODC berkata, beberapa komennya semasa sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur 10 hari yang lalu telah disalah faham atau diambil di luar konteks.Vlassis berkata beliau mahu membuat penjelasan kerana komennya itu telah "disalah tafsir dan mungkin telah menimbul tanggapan yang silap".

Menurut wakil PBB itu, beliau memuji SPRM kerana menganjurkan persidangan tahunan keenam Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Kuala Lumpur.Semasa sidang akhbar tersebut, Vlassis berkata, beliau telah ditanya mengenai persidangan IAACA dan sama ada perbelanjaan untuk mengadakannya itu berbaloi.


Katanya, beliau menjawab persidangan memenuhi tujuan yang sangat berguna dalam mengumpulkan agensi-agensi pakar tersebut bersama, dan membantu mereka bertukar pandangan dan pengalaman serta mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Menurutnya, UNODC menyokong IAACA sejak penubuhannya dan menganggap setiap peluang untuk mencapai matlamat tersebut sebagai wajar dan berguna."Saya memuji SPRM kerana menganjurkan persidangan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas layanan kepada semua peserta, termasuk diri saya dan rakan-rakan lain dari UNODC atau UNDP," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini semalam. ~mkini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.