Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


24 Oktober, 2012

Rupanya Sebab Ni Khir Toyo Mintak Maaf Kepada Ronnie Liu

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Yakin kalah perbicaraan mendorong bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.“Beliau tahu kalau diteruskan (perbicaraan), beliau pastinya akan kalah. Jadi sebelum apa-apa berlaku, beliau harus bertindak cepat.“Itulah modal Umno, suka buat fitnah. Apabila tidak yakin menang kerana sudah tiada kuasa, terpaksa mohon maaf,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari kepada Keadilan Daily.

Permohonan itu dibuat berhubung kenyataan fitnah Khir mengatakan Ronnie menghalang Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Melayu.

Khir berkata, beliau meminta maaf kepada Adun Pandamaran itu berikutan artikel bertajuk “Khir membongkarkan laporan polis Liu Tian Khiew pernah campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran’ yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.Selain itu, Khir mengakui dakwaannya terhadap Ronnie terlibat dalam kegiatan seumpama itu adalah tidak benar sama sekali.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, permohonan maaf Khir itu membuktikan tuduhan yang dilemparkan pemimpin Umno kepada pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) sememangnya fitnah.“Ini bukti bahawa tuduhan Umno kepada kita (Pakatan) adalah fitnah, tapi disebabkan mereka dilindungi kuasa, jadi mereka pastinya selamat walaupun dibuktikan bersalah.“Apa yang berlaku kepada Khir ini membuktikan beliau sudah tiada kuasa atau pengaruh dalam Umno. Jadi untuk selamatkan diri, lebih baik beliau memohon maaf sahaja,” katanya. ~kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.