APA SEBAB KATAK MASUK CAMPUR ? NASA MASIH AHLI PAS DAN DIA ADA SENTUH SOAL PERJUANGAN PAS, BIAR PAS FIKIR BAGAIMANA NAK BUAT, KO ORANG LUAR, HASSAN ALI JUGA DEMIKIAN, JANGAN AJAR PUCUK PIMPINAN PAS, ISUNYA IALAH SOAL PRIBADI YANG ADA NAWAITU TERSEMBUNYI, DIA DIANGGAP TIKUS MEMPERBAIKI LABU: Pak Karamu
Pas: Tak perlu muktamar khas bincang isu Nasha
10 Oktober 2012
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, tiada keperluan untuk membincangkan isu berkenaan kerana ia dilihat bersifat peribadi.
Menurutnya, apa yang diperkatakan oleh Nasharudin bukan mewakli parti itu dan tidak perlu dibincangkan di peringkat tertinggi parti.
"Ia lebih menjurus kepada pandangan peribadi beliau, sama ada dia dipengaruhi oleh mana-mana pihak kami (Pas) tidak pasti.
"Malah cadangan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin agar Pas mengadakan muktamar khas itu adalah tidak berasas dan lari daripada landasan," katanya.
Sebelum ini pada 2009, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat menyarankan diadakan muktamar khas bagi menyiasat beberapa pemimpin yang didakwa membuat keputusan yang bertentangan dengan prinsip parti termasuk Nasharudin sendiri.
Khalid berkata, corak politik Nasharudin juga dilihat berbeza seperti mempunyai maksud tertentu kerana ia dilihat seperti memihak kepada parti lawan (Barisan Nasional).
"Ini kerana kita dapat melihat apabila MCA yang lantang mempertikaikan hudud dan negara Islam, Nasharudin dilihat mendiamkan diri, malah beliau lantang bersuara jika ia diperkatakan oleh DAP," katanya.
Berhubung dakwaan Nasharudin yang menyatakan DAP mahu membentuk negara kristian, Khalid berkata, ia tidak mempunyai kaitan dengan Pas kerana ia adalah padangan peribadi Nasharudin.
"Kita sedia maklum bahawa DAP adalah parti pelbagai kaum, malah dasar parti itu, tidak pernah untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian.
"Sekiranya DAP ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Nasharuddin, ia terpulang kepada parti tersebut," katanya.
1 orang berkata:
“Aku tahu, bahwa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencana-Mu yang gagal.
Firman-Mu: Siapakah dia yang menyelubungi keputusan tanpa pengetahuan? Itulah sebabnya, tanpa pengertian aku telah bercerita tentang hal-hal yang sangat ajaib bagiku dan yang tidak kuketahui.
Firman-Mu: Dengarlah, maka Akulah yang akan berfirman; Aku akan menanyai engkau, supaya engkau memberitahu Aku.
Hanya dari kata orang saja aku mendengar tentang Engkau, tetapi sekarang mataku sendiri memandang Engkau.
Oleh sebab itu aku mencabut perkataanku dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”
Setelah TUHAN mengucapkan firman itu kepada Ayub, maka firman TUHAN kepada Elifas, orang Teman: “Murka-Ku menyala terhadap engkau dan terhadap kedua sahabatmu, karena kamu tidak berkata benar tentang Aku seperti hamba-Ku Ayub.
Oleh sebab itu, ambillah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan dan pergilah kepada hamba-Ku Ayub, lalu persembahkanlah semuanya itu sebagai korban bakaran untuk dirimu, dan baiklah hamba-Ku Ayub meminta doa untuk kamu, karena hanya permintaannyalah yang akan Kuterima, supaya Aku tidak melakukan aniaya terhadap kamu, sebab kamu tidak berkata benar tentang Aku seperti hamba-Ku Ayub.”
Maka pergilah Elifas, orang Teman, Bildad, orang Suah, dan Zofar, orang Naama, lalu mereka melakukan seperti apa yang difirmankan TUHAN kepada mereka. Dan TUHAN menerima permintaan Ayub.
Lalu TUHAN memulihkan keadaan Ayub, setelah ia meminta doa untuk sahabat-sahabatnya, dan TUHAN memberikan kepada Ayub dua kali lipat dari segala kepunyaannya dahulu.
Kemudian datanglah kepadanya semua saudaranya laki-laki dan perempuan dan semua kenalannya yang lama, dan makan bersama-sama dengan dia di rumahnya. Mereka menyatakan turut berdukacita dan menghibur dia oleh karena segala malapetaka yang telah ditimpakan TUHAN kepadanya, dan mereka masing-masing memberi dia uang satu kesita dan sebuah cincin emas.
TUHAN memberkati Ayub dalam hidupnya yang selanjutnya lebih dari pada dalam hidupnya yang dahulu; ia mendapat empat belas ribu ekor kambing domba, dan enam ribu unta, seribu pasang lembu, dan seribu ekor keledai betina.
Ia juga mendapat tujuh orang anak laki-laki dan tiga orang anak perempuan;
dan anak perempuan yang pertama diberinya nama Yemima, yang kedua Kezia dan yang ketiga Kerenhapukh.
Di seluruh negeri tidak terdapat perempuan yang secantik anak-anak Ayub, dan mereka diberi ayahnya milik pusaka di tengah-tengah saudara-saudaranya laki-laki.
Sesudah itu Ayub masih hidup seratus empat puluh tahun lamanya; ia melihat anak-anaknya dan cucu-cucunya sampai keturunan yang keempat.
Maka matilah Ayub, tua dan lanjut umur.
Post a Comment