Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ambiga ditahan sebelum berlepas ke luar negara

Harakahdaily, 10 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) telah ditahan oleh pegawai Imigresen dalam perjalanannya ke Australia yang disifatkan sebagai satu gangguan.

Bagaimana, selepas 30 minit disoal siasat, beliau telah dilepaskan untuk menaiki kapal terbang bagi meneruskan perjalanan.

Ambiga adalah orang kelima dalam Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 yang dilayan seumpama itu.

Sebelum ini, Maria Chin Abdullah, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh and Andrew Khoo  telah menerima layanan yang sama.

Mereka disoalsiasat oleh pihak Imigresen dalam perjalanan mereka ke luar negara.

Ambiga sebelum ini menyifatkan, tindakan sebegini adalah tindakan 'mengganggu' (harassment) oleh pihak berkuasa ke atas pemimpin Bersih.

Andrew Khoo, seorang peguam sebelum ini disekat selama 20 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanannya ke Bangkok untuk menghadiri satu persidangan baru-baru ini.

“Saya terpaksa menemui seorang pegawai imigresen, yang membuat panggilan telefon untuk pelepasan. Mereka kata ada fail polis dalam rekod saya,” katanya.

Maria Chin disekat oleh pegawai Imigresen pada 18 September lalu ketika hendak berlepas ke Nepal melalui LCCT.

Sebelum ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Ismail merayu agar dihentikan gangguan terhadap Ambiga.

“Saya berasa sedih dan marah apabila melihat kerenah gangguan ke atas beliau.

"Beliau adalah warga Malaysia yang telah menghadiahkan kehidupannya untuk membuka luas ruang hak asasi untuk memperbaiki kesejahteraan umat.

“Ketika serangan dengan kelakuan hina dan kadang kala ganas dilakukan di hadapan rumahnya, beliau telah melayani keadaan tersebut dengan sopan dan hormat,” katanya pada sidang media di Dewan Cina Kuala Lumpur-Selangor sebelum ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.