Anwar Ibrahim di Bagan Datoh. Pun UMNO tak berani simbah cat! (berita bergambar)
hanabira | Oct 08, 2012 | Comments 0
0
0
Malam 7hb. yang baru lepas, selesai saja DSAI ”menjelajah”
Manjung,DSAI dan rombongan terus menghala ke Bagan Datoh. Aku sejak
maghrib dah tunggu di tempat dia akan berhenti iaitu di dalam premis
rumah NYDP kami. Rumah ni sangat familiar dan popular sebagai tempat
ceramah selain dari markas.
Lapan orang berceramah malam tadi! Antaranya Prof.Aziz Bari, Datok
Mohd Nor Manuti, YB Kesavan, Saudara Madhi Hassan, Saudara Mustafa Kamil
Ayob, Dr Lee Boon Chai dan tuan rumah,YDP Bagan Datoh Ustaz Misbahul
Munir. MC-nya pulak dari PKR Teluk Intan. Aku suka tengok dia yang
steady je mengendali majlis.
Pantunnya ! Ikan jerong-jerong masuk tong sampah,
BN mintak tolong,Pakatan kita pangkah!
Semua penceramah hebat! Tapi yang menjadi fokus utama mestilah DSAI.
Secara peribadi aku mengaku dia sorang yang pandai mengawal pentas.
Bahasa dia jelas. “Eye contact” sangat perlu dalam satu-satu majlis.
Biar ada “perhubungan” hati di antara si pendengar dan si penceramah.
Itulah yang membuat orang terpaku dan tak berganjak setiap kali dia mula
memegang mikrofon!
Orang? Fuhhh..ramai giler kata budak-budak sekarang. Terdetik jugak
kut-kut nanti bas yang DSAI naik tu disabotaj macam yang terjadi sebelum
ni. Alhamdulillah,takde apa-apa yang berlaku walaupun sebelumnya dalam
laman FB aku ada terbaca supaya hati-hati! Juak-juak UMNO ni ada saja
ulahnya dengan DSAI.
Tepat jam 12:45 malam,bas rombongan DSAI bergerak balik. Tahniah
kepada semua yang hadir. Tahniah kepada PAS BD, PKR dan juga DAP yang
sama-sama turun padang dalam menjayakan ceramah malam tersebut.
Turun je dari bas DSAI terus duduk bersama rakyat di bawah mengadap pentas.
Tuan rumah! YDP Kawasan Bagan Datoh,Ustaz Misbahul Munir.
Prof. Aziz Bari. Banyak sebut masalah ekonomi negara.
Dr. Lee Boon Chai.
YB Kesavan, Saudara Mustafa Kamil Ayub dan lain-lain duduk di belakang pentas sementara tunggu giliran.
Pejuang rakyat marhain! Lawak dia yang spontan selalu buat orang
tersengih-sengih. Selalu bagi BN panas punggung! ” Hangpa semua tau apa
pasai saya naik jet? Bila saya naik bas depa lempaq dengan batu,depa
simbah dengan cat. Jadi bila saya naik jet, mai la try simbah cat
ka,baling batu ka…” diikuti dengan derai ketawa hadirin!
Seperti juga TGNA dan TG Hadi Awang, bekas banduan penjara Sungai
Buluh memang digeruni oleh UMNO dan konc0-konconya. Beliau mempunyai
hubungan yang baik dengan pimpinan gerakan Islam di luar negara. Nah!
Itulah antara lain yang menyebabkan orang-orang dalam kerajaan yang ada
sekarang tak senang duduk.
Mohamad Mursi, yang meneraju kabinet Mesir sekarang adalah bekas
banduan. “Kamu ingat tu wahai UMNO dan BN! Dulu Hosni Mubarak masukkan
Mursi dalam tahanan, sekarang giliran Hosni pulak merasa tempat Mursi
dulu. Hidup tak ubah macam putaran roda!”
Sempat lagi dia mengajak hadirin menyanyi bersama lagu Madu dan Racun sebelum mengakhiri bicaranya.
“Madu di tangan kananku..Pakatan
Racun di tangan kiriku..Barisan
Aku dah tau mana nak pangkah,PRU akan datang!”
Lawan tetap lawan!
0 orang berkata:
Post a Comment