Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA CERITAK NI, INI APA CERITAK ?



07 October 2012

Lawak Paling Gila Dari Sabah

Tiga Naib Presiden UMNO terima pingat paling tinggi serentak 

Saudara Pengarang,

SATU sejarah dunia telah tercatat minggu lalu (sebelum anugerah kelmarin) iaitu penganugerahan serentak untuk Tiga Naib Presiden UMNO, pingat paling tinggi dan dihormati iaitu Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (S.P.G.D.K).



Belum pernah mana-mana kerajaan negeri di Malaysia yang sebegitu pemurah menganugerahkan pingat tertinggi serentak kepada tiga pemimpin sebuah parti politik, lebih-lebih lagi kerajaan negeri Sabah di bawah teraju UMNO.

Rakyat Sabah tertanya-tanya apakah jasa besar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO ini sehingga layak menerima pingat tertinggi Sabah sedangkan selama perkhidmatan mereka mendatangkan banyak masalah kepada Sabah terutama jawatan yang mereka sandang dalam Kabinet Malaysia.

Agak melucukan bagi sebuah negara yang Suruhanjaya Pencegah Rasuahnya tidak langsung menganggap penganugerahan pingat kebesaran negeri kepada pihak yang berkepentingan sebagai salahguna kuasa sehingga Pegawai Kanan SPRM sendiri turut menerima pingat; walaupun bukan rahsia lagi SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap pemimpin kerajaan Sabah.

Sebelum ini, Mantan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Latifah Md Yatim dan beberapa Pesuruhjaya SPRM menerima Pingat Kebesaran Negeri Sabah tanpa segan silu sehingga rakyat Sabah yang sebelum ini digembar-gemburkan dengan siasatan SPRM, tiba-tiba terkejut kerana siasatan diberhentikan tanpa sebab.

Tindakan pemurah Kerajaan Negeri Sabah ini semakin ketara apabila Ketua Pemuda UMNO Sabah, Awang Kadin Tang yang dikaitkan dengan Skandal Sarang Burung di Gomantong sejumlah RM7 juta turut menerima pingat P.G.D.K yang membawa gelaran 'Datuk'.

Oleh itu tidak hairan jika Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh mengembalikan semula pingat kebesaran yang beliau terima di era PBS kerana kecewa dengan senario yang berlaku.

Kerajaan Sabah patut mengikuti contoh penganugerahan pingat negeri Sarawak dan Pulau Pinang yang terlalu ketat menganugerahkan pingat kepada bakal penerima sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang pun belum menerima pingat 'Datuk' kerana kata Lima Guang Eng, pingat negeri hanya khas untuk mereka yang berjasa kepada negara seperti Datuk Lee Chong Wei.

Tidak seperti pingat kebesaran Sabah diberikan kepada 'lanun' dari Labuan, malah isteri TYT yang langsung tidak menyumbang jasa kepada negeri ini kerana belum setahun jagung bersinggah sana di Istana Negeri.

Apakah ini tanda-tanda Kerajaan Negeri Sabah akan jatuh pada PRU-13 sehingga berebut-rebut mendapatkan pangkat termasuk isteri TYT?

Salam Hormat,
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.