Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAB NI SAYA SETUJU, RASULLULLAH SENDIRI MENGAMBIL KIRA PANDANGAN ORANG BAWAHANNYA

‘Pas jangan jadi macam Ayatullah jika ke Putrajaya’
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
23 Oktober 2012
‘Pas jangan jadi macam Ayatullah jika ke Putrajaya’
Exco Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin menyampaikan hujah sambil diikuti oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin. – Foto Sinar Harian
 
SHAH ALAM - Pas digesa tidak menjadi seperti pemerintahan Ayatullah Khamenin di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.


“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.


“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh  mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.


Menurut Asri, keadaan itu perlu dihapuskan sejak dari awal sebelum berlaku apa-apa perubahan politik.


Sementara itu, beliau turut mendakwa ada budaya mengampu dengan wang yang dibawa Umno masih subur sehingga golongan ulama turut hanyut.


“Kalau kita tidak keluar dari budaya ini, parti pemerintah akan datang akan ikut rentak yang sama. Kerana terbiasa dengan masalah ‘hulur’ ini, apabila pilih pemimpin bukan dengan ketajaman minda dan baik ideanya tetapi soal dia ada duit.


“Sebab itu orang banyak duit jadi pemimpin, ini yang saya lihat. Saya tidak nafi perkara itu kerana saya kenal ramai di antara mereka. Tetapi perkara ini semakin hari semakin disuburkan, dan inilah peranan ulama untuk memperbetulkan keadaan itu,” katanya.


Tambah beliau, ulama bukan sekadar membaca nas-nas hadis dan lantik tok kadi, tetapi ulama perlu menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.