Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa semalam, yang mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, bukan sesuatu yang pelik, kata seorang pemimpin kanan parti itu.


Pak Karamu: Benar, kenyataan Nasa bukan satu perkara yang pelik, biasa je kan ? Tapi kesannya rakyat nampak didalam Pas ada duri dalam daging, rakyat sudah ada yang berkata "sama je Pas ngan UMNO"


"Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.

 

Pak Karamu: Wooow, nampaknya sudah ada pimpinan dan ahli Pas yang lupa dengan dasar perjuangan ? Jika benar ini suatu yang sangat bahaya kerana bila-bila masa ahli Pas boleh berfahaman bebas, mana partipun sama ! Apa hal lujnah tarbiyah ? Apa sudah jadi ?
 

Sehubungan itu tegas beliau, untuk memerintah, kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya akan memberi jalan untuk melaksanakan dasar perjuangan Pas.

Pak Karamu: Jika demikian perlu ada balance, jangan katakan "mengutamakan kuasa dari dasar islam seperti yang dikatakan oleh Nasa dan ia bukan tak pelik tapi ianya pelik, macam la pucuk pimpinan Pas leka dan lena dari dasar"
 

"Bagi pendapat saya, kuasa yang ada akan memberi kita jalan untuk memerintah," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Pak Karamu: Nahu dan nada Tuan Ibrahim macam tarik rambut dalam tepung je, telam mati mak, luah mati bapa !
 

Justeru, beliau turut tidak menafikan berbeza pendapat dengan orang lain juga sebagai perkara biasa.


Pak Karamu: Tak pe itu pandangan individu
 

"Saya memberikan contoh, dasar Pas tidak pernah berganjak, berbeza pendapat dengan parti lain akan terjadi," tambah beliau.


Pak Karamu: Setuju, dasar Pas tidak pernah berubah dan tidak mungkin berubah, tapi kenyataan Nasa berupa tuduhan yang tegas, so magaimana ?


Namun beliau turut mengingatkan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pelbagai pihak akan cuba untuk memperlihatkan Pas tidak sehaluan dalam Pakatan Rakyat (PR).


 Pak Karamu: istilah namun ni yang buat pening kepala


Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.  "Dalam situasi kita untuk menempuh PRU13, kita akan mempertahankan kenyataan PR untuk tidak memberikan senjata kepada musuh dan tidak sesekali menghunus senjata terhadap kawan kita sendiri," ujar beliau lagi.

Pak Karamu: Udah bagi senjatapun, udah beri bola tanggungpun, so kenyataan Nasa tidak dianggap pelik ? Sebenarnya Tuan Ibrahim tuan Man nampaknya terpaksa timbang-timbang, payah juga kan ?


Tuan Ibrahim yang juga ahli Majlis Syura mengulas kenyataan Nasharudin semalam, dalam menghadapi PRU13, mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. Nasharudin juga ahli Majlis Syura Pas.

Pak Karamu: Ini la susahnya bila sesama majlis syura, serba salah kan ?


Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Pak Karamu: Ewah-ewah, dalam satu raga sepatutnya ada satu jenis, tapi yang ada sudah ada dua jenis, jadi orang akan pilih yang mereka fikir baik, jadi isinya tetap tidak sama, jika satu umat ok tak pe, sebab itu jika ada yang belum bersunat potong la sekarang supaya jadi umat yang satu


Nasharudin berkata, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

Pak Karamu: Mana tak taboo' , satu sekular satu islam, boleh faham, sebab itu kita minta UMNO tukar dasat kepada islam, tobat lahom tak mau, mengapa ? bukankah UMNO juga mengaku islam,


"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

Pak Karamu: Yang mana satu yang telah dan akan tergelincir ?


"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

 Pak Karamu: Ini satu pandangan yang memberikan kepentingan kepada satu pehak naik muka, bagus bola tanggung ni,


Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pak Karamu: Cuba nafikan kemenangan Pas kerana ada orang kafir yang membantu kemenangan bagi Pas,


Terdahulu,  Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Nasharudin sebagai "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

 Pak Karamu: Ini menunjukkan majlis syura sudah diserang virus, hancur Pas


Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.


Pak Karamu: Apa dah jadi majlis syura ???