LETIH LA AHLI UMNO BERIBADAT, KECUALI JIKA JALAN PENYELESAIAN YANG ADA ADALAH KELUAR DARI UMNO
21 October 2012
MCA TERUS HINA ISLAM, UMNO DAYUS TAKUT TEGUR SOI LEK
Presiden MCA, Chua Soi Lek terus menerus menghina Islam dan hukum hudud.
Pada masa yang sama Umno menuduh DAP parti anti Islam, hina Islam dan
mencabar Islam. Tetapi ianya dinafikan oleh DAP dan parti konsisten
menyatakan bahawa Islam bebas diamalkan di negara kita dan Islam adalah
agama rasmi Malaysia.
Namun sebenarnya parti yang berani menghina Islam terus menerus ialah MCA. Macam-macam diperkatakan oleh MCA khususnya Pelakon Video, Chua Toi Let. Semuanya didiamkan sahaja oleh Umno. Ternyata Umno DAYUS dan diperkudakan oleh MCA dalam isu hukum hudud ini.
Malah umat Islam Malaysia mula sedar siapa sebenarnya yang anti Islam dan anti hudud. Umno tidak menegur dan menasihat MCA kerana Umno juga tidak suka hudud dilaksanakan. Jadi samalah Umno dan MCA tidak suka dan benci pada hudud sebab itu Umno diam seribu bahasa.
Serangan melampau Chua Soi Lek aka Pelakon Video terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.

“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz.
Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum
hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.
Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya
daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi
Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai
agamawan.
“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik
Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video
yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz
sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu
lagi.
Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.
“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi
sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti
saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian
kat PAS.
“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya
tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz
tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang
sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,” tambah beliau.
Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan
lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan
diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak
diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya
boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.
Sementara
itu Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mengesa Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan
menghina Islam di dalam blog video dan Facebook.
Sebelum ini, Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Soi Lek yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.
Jui Meng yang juga Naib Presiden PKR menambah Presiden MCA itu sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Soi Lek sendiri tidak memahaminya.
“Dia dan pemimpin MCA sekarang semakin lebih keras ‘menyerang’ agama(Islam) dan saya pada hari ini menuntut beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia,” kata Jui Meng ketika dihubungi TVSelangor.
Tindakan ini ujarnya, disebabkan kegagalan pemimpin Umno memberikan penjelasan kepada Soi Lek sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan pelaksanaan hukum hudud.
“Pemimpin Umno kini semakin lemah dalam medan politik, Umno kini sudah tidak mampu memperjuangkan sesiapapun sehingga untuk partinya sendiri.
“Dalam keadaan ini, MCA sudah naik kepala terhadap Umno dan tidak peduli sekarang, keadaan Umno akan semakin lemah di masa akan datang dengan MCA berterusan menyerang Islam,” katanya.
Jelasnya, sehingga kini tiada seorangpun kalangan pemimpin Umno yang berani menegur sikap Soi Lek yang secara terang-terangan banyak kali memperlekeh agama Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
“Umno sudah tidak ada pendirian sendiri untuk berhadapan dengan MCA dan membiarkan MCA menyerang agama Islam,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment