Disebalik Banner Zambry Disimbah, Isu Perkauman Dibangkitkan
thesniper | Oct 15, 2012 | Comments 0
0
0
oleh: Otai Manjung
Sedang aku menulis ini, banner-banner Zambry yang disimbah cat sedang diturunkan! Ye lah, najib nak datang 18hb ni, maka segala kebaikan akan ditonjolkan dan segala masalah yg timbul disembunyikan. Report polis sudah dibuat oleh pihak-pihak tertentu, maklumat yang aku dapat cctv yg ada di simpang Tesco menunjukan kejadian simbah berlaku dlm jam 3 pagi tadi, cctv blurr takleh cam siapa pembuatnya.
Gambar dari AlHud – MediaPerak.
Gambar yang tersebar di dalam facebook berbeza dgn gambar yg aku cilok fb dari geng-geng Umno Lumut, dalam hal ni depa lebih awal ketahui. Yg tersebar takde tulisan cina ni….
Pemuda Umno cuba menuduh mensyaki orang DAP yang buat semua
ni…wakakakaaaa, beb lu tak cakap pun aku dah agak sasaran korang. Adakah
ini antara motif & agenda sebalik semua ini?
Gambar Hadie-Media Perak. Jamuan ‘Janji Ditepati’…..jam 12tghari
baiknye planning, aku puji organiser sebab masa tu tak kira pekerja
kerajaan atau swasta mencari makan. Secara tak langsung memeriahkan
suasana walaupun yg hadir dtg utk makan…makan free sapa tak mau tambah
harga barang dah naik, peluang mcm ni cukup bagus utk menjimatkan duit
poket! makan free apa pun sedap beb!
Aku tertarik gambar dari pengguna fb bernama ‘Tok Dalang’ (harap bukan dia dalang semua ini), sorry aku cilok gambar hang sebab ada isu disebaliknya iaitu ‘nota penulisan cina’……. apa ke bodoh sangat tukang simbah tu tinggalkan nota tulisan cina itu supaya orang tahu ini kerja org cina! macam isu letak babi dalam surau, siap ada kain pengalas utk pegang….kan nampaknya melayu sendiri yg bikin cemarkan rumah Allah. kononnya nak tarik perhatian melayu suruh berdendam dgn cina…sorrylah, orang Malaysia macam aku tak terhasut dgn dakyah tu! Sape yg suka sangat dgn isu perkauman ni….korang fikirkanlah sendiri, aku letih dgn politik semacam ini, isu rakyat tak diutamakan, bila gambar kena simbah tak sampai 24jam bertindak membetulkan keadaan sedangkan itu hanya sebuah gambar! siut……
Tiga banner ini ditampal nota tulisan cina ini, apa motifnya?!
Sesape pun yang lakukan perkara ni aku katakan bingai, udah le
bingai..buat kerja bingai laktu! Kalau tak puashati sekalipun, terjah
terus PM, aku & aktivis masa PM turun tahun baru cina di Sitiawan
bagi memorundum sape pun tak susah…..wakakakaaaa! Tapi dalam hal simbah
ni, ada ruang utk orang kaut keuntungan atau ada penaja yg cuba bodek
menaja banner baru agar dapat job lagi…..amacam team B & C Umno
Lumut, kasi sponsor la…….
***Sumber Berita Dari:
0 orang berkata:
Post a Comment