Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

habis la peghak kali ni yob oiiii !


Isnin, 8 Oktober 2012

Bas Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar Diserbu


KUALA LUMPUR 8 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam.

Rata-rata pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu.

Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.

Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu.

Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas.

Penduduk setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal unit keselamatan.

Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila membentuk kerajaan.KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.