Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YAHYA LAMPONG LEBIH FAHAM ISLAM DARI ULAMA UMNO

Ikon Pakatan Rakyat. TGNA tetap no 1 !

Print Friendly

PANAS! “Saya Keluar Umno Kerana Tuan Guru Nik Aziz”!

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yahya Lampong (kanan) berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.
“Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.
“Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad,” kata beliau.
Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.
Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang.
Ketika ditanya kenapa menyertai KEADILAN dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai KEADILAN kerana mahu membantu mengembangkan PAS.
Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai KEADILAN tanpa sebarang halangan dan sekatan.
“Walaupun saya tidak menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS nanti,” katanya yang kini berumur 72 tahun tetapi masih sihat.
Yahya yakin Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Bagi beliau, kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak hanya bonus sahaja kerana menurut pengiraan beliau, Pakatan sudah menang tanpa bantuan kerusi di Sabah dan Sarawak.
“Saya akan pastikan, PAS akan berada dalam kabinet negeri Sabah selepas pilihan raya umum akan datang walaupun sekurang-kurangnya satu kerusi,” kata Yahya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, moto gelombang kebangkitan rakyat Sabah adalah ‘Ini kalilah’ tetapi Yahya lebih agresif lagi dengan slogan beliau ‘Habislah kali ini’.
Bagi beliau, Pakatan akan menang 2/3 kerusi di Sabah dengan kebangkitan rakyat negeri ini yang ada sekarang.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Lajim Ukin serta ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing meninggalkan BN.
Bagi pemerhati politik Sabah, peristiwa ini mengulangi sejarah politik panjang di negeri di bawah bayu itu.
Pada tahun 1976, Haris Salleh serta Salleh Sulong meninggalkan Usno dan membentuk Berjaya. Pada tahun itu, kerajaan negeri Sabah pimpinan Usno tumbang.
Pada tahun 1984, kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Berjaya jatuh pula apabila Joseph Pairin Kitingan dan Mark Koding lari meninggalkannya dan membentuk PBS.
Tahun 1994 sekali lagi kerajaan negeri Sabah, kali ini pimpinan PBS jatuh apabila Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dan menyertai Umno.
“Kali ini, Lajim dan Bumburing pula akan menjatuhkan kerajaan BN Sabah,” kata mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.