Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISHH, TAK BAIK BURUK SANGKA ...


Tuesday, October 16, 2012

KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Filipina Terbongkar (Bahagian 2)


Jika artikel pagi tadi para pembaca telah mengetahui muslihat pertama dan kedua mengapa perdana menteri Najib Altantuya beriya-iya mahu menjadi orang kuat dalam perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam, kini dipaparkan pula pendedahan kedua mengapa Najib Altantuya sanggup terbang ke Istana Malacanang di Manila yang pastinya ada cerita di sebaliknya. 

Bukan setakat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dari kepulauan Mindanao dan Sulu menjadi taruhan tetapi maklumat sulit kerajaan Filipina yang dikeluarkan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat mendedahkan bahawa kepulauan Sulu dan kawasan sekitar sehingga menganjur ke kepulauan Spratly, rupanya kaya dengan sumber minyak dan gas asli bernilai berbilion dolar!

"Many oil nationalists in Kota Kinabalu and Kuching even think that the oil-and-gas rich Sulu Islands, once linked not so long ago with the eastern and northern seaboards of Sabah, should be included as well in a new political equation in the region. 

This is not expected to go down that well in Manila or in the Autonomous Region of Muslim Mindanao. Indeed, the talk in the political grapevine in London is that a new report by regional operatives of the Central Intelligence Agency (CIA) also favours the oil and gas question in Sabah, Sarawak, the Spratly islands and the Sulu islands being brought before the UN Security Council for an open debate. 

Global energy security, following the Arab Spring and Iran nuclear crisis, is being cited as the major reason. The CIA had previously focused all its reporting in the region on the Spratly Islands and the Sulu Islands." (Free Malaysia Today, 5 Februari 2012)

Kata-kata Najib Altantuya kununnya apabila keamanan telah tercapai di wilayah bergolak itu, beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FELDA dan Sime Darby akan berusaha membangunkan Mindanao dan Sulu hanyalah sebagai helah bagi menyembunyikan niat sebenar mengapa Filipina sanggup berdamai dengan MILF sejak sekian lama berada dalam kancah perang saudara.

"Ketika menyatakan kebanggaan negara diberi penghormatan dalam memainkan peranan mengatur perjanjian itu, Perdana Menteri berkata Malaysia sanggup membantu dalam membangunkan institusi di Mindanao supaya masyarakat Bangsamoro yang membesar di wilayah itu dapat diperkasakan lagi. 

 Malaysia juga sanggup membantu dalam bidang pembangunan tanah supaya golongan petani, yang merupakan bekas pejuang kemerdekaan di Bangsamoro, boleh menikmati hasil daripada keamanan yang dicapai, katanya." (Bernama 15 Oktober 2012)

Inilah punca utama yang pasti tidak akan disiarkan di mana-mana media pencacai Umno dan Barisan Nasional (BN) bagaimana Najib Altantuya memanipulasi perjanjian damai tersebut sebagai strategi serampang dua mata mengaut kekayaan bumi Filipina serta memastikan PATI yang akan diseludup ke Sabah bakal diberikan kad pengenalan biru yang melayakkan mereka mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang diketuai Nur Misuari tidak bersetuju dengan perjanjian damai yang termetari sebagaimana kenyataan di bawah:

"Dalam pada itu, Murad dalam ucapannya, turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia sambil merayu kepada puak lain di Mindanao iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), menyokong perjanjian tersebut dengan menyertai dalam proses pembangunan semula wilayah itu".

Turut didedahkan, mengapa MILF begitu mengharapkan Filipina menerima dirinya mendapatkan autonomi walaupun Filipina MENYAMPAH dengan mereka. 

Kerana dia ibarat keldai tua yang dah jadi HKU (Haiwan Kurang Upaya). 

Mereka sudah tidak larat berperang melawan Filipina kerana banyak sebab terutamanya kehilangan sumber bantuan dari luar dan gerakan Kesultanan Maguindanao semakin berleluasa kerana terikut dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam di kepulauan Sulu. 

Tersebarnya buku Tausug & the Sulu Sultanate di Mindanao dikalangan MILF sendiri menjadikan jiwa raga mereka melolong meminta bantuan kepada sesiapa sahaja untuk bantu PERDAMAIAN dengan Filipina. 

Buku tersebut yang pada awalnya mereka terima dengan gembira, namun setelah terbacanya mereka menjadi pucat lesi.

Buktinya, ketika saya datang ke meja bulat mereka di kedai kopi di Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhajer Iqbal yang menjadi ketual panel MILF bila nampak saya datang, beliau terus minta diri tanpa sempat berbicara dengannya. 


Kerana kami pernah berbual panjang pada perjanjian damai yang lepas di Putrajaya dan saya serahkan beberapa naskah buku Tausug pada mereka. Saya bersangka baik, mungkin kebetulan beliau memang ada urusan lain yg lebih penting sebab tu minta diri. 

Siapa MILF? Secara  fakta kumpulan MILF majoritinya terdiri dari suku kaum Maranao-Maguindanao. Mereka dari segi bahasa dan budaya sangat berbeza dengan Tausug di kepulauan Sulu. Yang sama hanyalah beragama Islam bermazhab Syafi'e. Mereka secara genetik adalah dari Sub-Etnik Iranun @ Ilanun di Mindanao. 
 
Pada awalnya mereka adalah dalam kumpulan pejuang MNLF bersama-sama Tausug. 
 
Namun setelah Nur Misuari menandatangani perjanjian Autonomi tahun 1996 mereka tidak setuju lalu MUFARAKAH (memisahkan diri) dan membuat kumpulan baru dinamakan MILF (Moro Islamic Lebaretion Front) yakni mereka hanya mahukan INDEPENDEN (Kemerdekaan) bukannya Autonomi. 
Tapi apa yang berlaku sekarang mereka terpaksa mengikut jejak MNLF menerima pelan damai Autonomi. 
 
Mereka perlu bersedia, untuk menerima nasib yang sama sebagaimana yang menimpa Nur Misuari dan MNLFnya iaitu ditipu hidup-hidup oleh Filipina tanpa melaksanakan sebarang komitmen sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. 
 
MILF hanya mahu TAMATKAN PEPERANGAN sebab mereka tiada pahlawan lasak sebagaimana yang dimiliki oleh Tausug di kepulauan Sulu. 
 
Dengan termeterainya perjanjian ini maka secara moral MILF telah berjaya mendapat peluang merampas kuasa pentadbiran dari tangan TAUSUG. Walau pun dia tahu, Tausug di kepulauan Sulu tidak boleh ditadbir oleh sesiapa pun kecuali Kesultanan Sulu. 
 
MILF boleh cuba dengan kerajaan Autonomi Bangsamoronya. Dia bakal berhadapan dengan situasi dimana masyarakat Tausug TIDAK MAHU DIGELAR BANGSA MORO apatah lagi sekiranya diperintah oleh kaum yang bukan sebangsa dengan mereka.
Filipina? 
 
Dahulunya mereka lebih kaya dari Malaysia ketika Ferdinand Marcos memerintah secara kuku besi kerana nilai matawang Peso lebih tinggi berbanding Ringgit. 
 
Tapi setelah Filipina memilih berperang dengan orang Islam di selatannya maka mereka menjadi semakin miskin dan papa kedana.


Ditambah dengan rasuah dan politik cabul yang mereka amalkan sehinggakan aset negara banyak disonglap oleh keluarga Marcos ketika dulu manjadikan Filipina "Hidup segan mati tak mahu" sehingga ke hari ini. 
 
Beberapa penganalisis ekonomi Filipina sendiri menyatakan bahawa, kerajaan Filipina sekarang sangat bergantung dengan ARMM (Autonomous Region Muslim Mindanao), kerana wang dana bantuan negara Islam terutama negara-negara Arab Kaya dalam OIC yang dihantar ke ARMM dikaut pula oleh Filipina, hanya beberapa peratusan kecil yang diserahkan kepada ARMM untuk mentadbir Selatan. 
Ini bermakna Filipina sudah bankrap.
 
Pinjaman tidak berbayarnya dari IMF selepas kejatuhan ekonomi 1997 yang lalu menjadikan Filipina tidak layak mendapat pinjaman lagi. Manila hanya mengharapkan OIC memberi bantuan melalui ARMM untuk menampung sesuap nasi kerajaannya. 
 
Sekarang keadaan semakin menjerut perut dan leher Filipina, kerana pergolakan di negara-negara anggota OIC di Timur Tengah sekarang seperti di Syiria, Iraq dan beberapa negara lagi menyebabkan bantuan kepada ARMM sudah terputus. 
 
Kalau pun masih ada hanya mampu membeli kertas tandasnya sahaja. 
Maka Filipina perlu "Do Something" dalam kadar segera.
 
Tiada jalan lain kecuali PANASKAN TUNTUTAN TERHADAP SABAH untuk dijadikan sebab dapatkan bantuan dari Malaysia setelah masanya tiba. Dalam beberapa bulan yang lalu yang saya kira bermula tahun 2010, beberapa pihak di Filipina termasuk Sultan Sulu palsu telah melakukan asakan dalam media menghangatkan isu tuntutan Sabah untuk diserahkan kepada Filipina.


Satu tuntutan lucu yang menjadi bahan gelak ketawa masyarakat Sulu, kerana Filipina sendiri maklum, dirinya tidak layak menuntut Sabah atas nama Kesultanan Sulu kerana dia sendiri telah melupuskan hak Kesultanan Sulu sehingga hari ini.
Seperti mengantuk disorongkan bantal, tiba-tiba Filipina dikejutkan dengan pelawaan Malaysia untuk beri bantuan pelaburan dagang ke Filipina dari Malaysia berjumlah beberapa Billion Ringgit, dengan syarat TERIMA MILF mendapatkan Autonomi.


Maka, selamatlah pentadbiran Filipina selama beberapa tahun untuk bertahan dari kemelut kejatuhan ekonomi dunia. Seperti yang kita lihat pada gambar di atas. Kegembiraan kelihatan di wajah masing-masing seolah-olah tergambar kejayaan POLITIK yang belum pasti.
Beberapa hari lalu, seorang sahabat dalam TGM telah beritahu bahawa beliau mendapat berita Maas Nur Misuari berang dengan termeterainya perjanjian damai antara MILF dengan GRP. Nur Misuari sebenarnya sedang buat persiapan untuk bertanding dalam pemilihan Ketua ARMM.


Alih-alih baju ARMM telah bertukar nama jadi BANGSAMORO AUTONOMY dibawah pentadbiran MILF. Seperti kepalanya dihempap rumah sahabat sendiri, beliau sukar menerima hakikat mengapa beliau disisihkan oleh Filipina malah OIC sendiri telah lepas tangan dari melibatkan Nur Misuari terutama dalam isu IMPLEMENTASI perjanjian 1996 yang sehingga hari ini tidak dilaksanakan oleh Filipina.
Nasi sudah menjadi bubur buat Nur Misuari, perjanjian 1996 yang beliau tandatangani dengan Filipina itu sekarang sudah LUPUS dengan termeterainya perjanjian baru antara MILF dengan GRP.


Kemarahan Nur Misuari sebenarnya turut dirasa oleh MNLF keseluruhannya samada yang dah diserap ke dalam pentadbiran Filipina atau yang masih memilih menjadi pejuang di pergunungan Jolo dan Basilan.


Kelihatan beberapa kumpulan kecil dari pihak Sulu ada yang gembira sampai melelehkan air mata kerana menyangka ia adalah INDEPENDEN kepada MNLF.


Almaklum, berita dari mulut ke mulut lama-lama akan berubah menjadi air tempias mulut sahaja. 

Kesimpulannya, Nur Misuari dan kumpulan MNLF serpihan lainnya tidak akan bersetuju dengan perjanjian damai MILF, kecuali mungkin mereka dipujuk dengan dilantik menjadi pegawai pemerintah Autonomi Bangsamoro.
 
 
 Jalan Pulang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.