Isnin, 15 Oktober 2012
Najib dan Pemimpin UMNO kian Meracau!
Ramai
rakan2 saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? menjerit dan
terpekik terlolong sana sini? saya cakap biasalah- tanda2 orang yang
sudah sasau dan meracau. Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini
kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk
mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO.
Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini?
Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.
Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini?
Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.
Tapi
kali
ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang
menimpa orang
Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah
orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba UMNO tidak ada
sempadan.
Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita. Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman.
Para
pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini. Semua janji
sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampak nya, selagi PRU
tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita
akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya.
Ibrahim Ali
buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk
mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR
atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.
Adakah kita
sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exco nya meluluskan
8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk
mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang
Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.
Ada kita
tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak?
Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang
Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps? Orang Cina
dapat tenure 999 tahun, orang Melayu dapat yang seruapa. UMNO beri freehold
bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.
Bilik air
Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj
kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari lot rumah orang Melayu atau
Cina.
Bukankah UMNO
membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan
Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual
kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh,
Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda mebela bangsa,
agama dan negara!
Setiap hari
kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan
fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu didedahkan kepada budaya
mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu
dibesarkan dengan nilai2 buruk.
Orang
Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah
kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah
dia buat demikian, sebab dia Melayu. Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau
standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk
rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak
mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu
fikir dan terima.
Marilah orang
Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita,
rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi
parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara
2013. Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang
enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat
yang di bentuk.
Sukalah kita
mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak
sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai
kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa
kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.
Dan kita
ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok
PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim Ali. perkongsian kuasa dalam PR
dibina diaats komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah
dan korapsi UMNO. Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga
BN. ianya diasaskan diatas dominasi
gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.
Mengapa sibuk
dengan cabinet bayangan?. We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We
answer to the people who are going to vote for us. Kita menyediakan yang
terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu
lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul,
rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung
mereka di perkarangan Sungai Buloh.
Kita pun
tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib.
TPM= Raja NIng Chik. Siapa peduli?
Yang rakyat
akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada cabinet. Buat waktu ini, kita focus
untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus
oleh barisan lanun dan perompak.
Baiklah Ibrahim
Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calun UMNO atau tidak. Jika orang
macam Ibrahim Ali dijadikan calun oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO
bawah Najib. Dari teruk semakin teruk dan parah!. Sanggupkah orang Melayu dan
rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini?
Palanivel
kata dia akan deliver undid an sokongan India kepada BN. he is an Uncle Tom
Indian kepada UMNO. sama sama kita lihat nanti. Kita lihat dia boleh menang
atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong
Palanivel di Cameron Highlands.
0 orang berkata:
Post a Comment